top of page

Tangguh bentang RMK-12 sebab menteri baharu, alasan PN remeh - Anwar Ibrahim


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak alasan yang diberikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang membuat keputusan untuk menunda pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).


RMK-12 yang meliputi tempoh 2021-2025 sepatutnya dibentangkan pada 6 Ogos ini, tetapi kerajaan menunda pembentangan tersebut dan akan hanya dibentangkan pada Januari 2021.


Dalam sesi jawab lisan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamed berkata pembentangan RMK-12 ditangguhkan dengan alasan bahawa kerajaan PN baru sahaja dibentuk pada bulan Mac dan terdiri daripada menteri-menteri baharu.


Malah, Mustapa juga berkata kerajaan PN mahu mengkaji semula RMK-12 susulan wabak COVID-19.


Namun, Anwar menganggap alasan yang diberikan itu terlalu remeh dan lemah.


"Sebahagian besar menteri yang terlibat dengan RMK-12 adalah menteri sama dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), jadi alasan ini terlalu remeh.


"Langkah harus dibuat untuk membahaskan pakej ekonomi dan belanjawan yang tertunda. Tapi Malaysia jadi satu-satunya negara tak bahaskan perkara tersebut.

"Perdana Menteri sebelum ini kata dia tidak mahu tangguh pelaksanaan tapi pelaksanaan tidak semestinya ditangguhkan tapi bahas parlimen diteruskan.


"Jadi nyata ada keengganan dari pihak kerajaan untuk berbahas secara teratur sama ada untuk pakej ekonomi atau untuk RMK-12," katanya dalam sidang Dewan Rakyat.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menganggap kerajaan PN menyerahkan tanggungjawab kepada pihak yang salah dalam usaha untuk membantu golongan yang terkesan dengan ekonomi negara ketika ini.


"Kerajaan memastikan bahawa pelaksanaan disegerakan tapi memilih untuk menyerahkan kepada bank.


"Bank-bank diberi diutamakan dan dipertahankan daripada kepentingan ekonomi terutamanya kepada pihak peminjam dan peniaga.


"Kanada umpamanya menumpukan keadaan mendesak normal baharu untuk mengetatkan peraturan persekitaran dan perubahan iklim.


"India pula memberikan tumpuan yang lebih tegas sektor pertanian dan PKS.


"Sebab itu, kita sekali lagi menegaskan mengenai keperluan berbahas supaya ahli-ahli parlimen dapat input sebaiknya dan menunjukkan apa yang diumum iaitu jumlah besar berbilion-bilion itu berbeda dengan apa yang dirasakan dibawah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page