top of page

Gagal bendung wabak Covid, buka pekung kelemahan kerajaan PN


Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pagi ini dibuka dengan mempersoalkan kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani wabak Covid 19.


Menurut Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir, dalam ucapan bertema “Mendukung Prinsip, Mempertahan Demokrasi”, kelemahan Kerajaan PN yang pada awal penubuhannya amat dibanggakan sebilangan rakyat yang akhirnya mengorbankan banyak nyawa, kehilangan pekerjaan dan kemusnahan demokrasi Malaysia merupakan malapetaka kepada negara.


"Hari ini negara bukan sahaja berhadapan dengan krisis kesihatan, tetapi juga pelbagai krisis yang meruncingkan, krisis ekonomi, demokrasi, kepimpinan, pendidikan, keselamatan dan pelbagai lagi.


"Krisis-krisis ini apabila gagal diurus dengan baik akan meletakkan Malaysia dalam situasi ketidak tentuan yang berpanjangan.


"Ini telah menjadi keluhan dan kritikan terbuka di kalangan masyarakat berkenaan sejauh mana kemampuan kerajaan membawa negara keluar daripada situasi mendesak hari ini.


"Rakyat menaruh harapan apabila diperintahkan untuk mengawal pergerakan, diikuti dengan pelbagai SOP, dikuatkuasa pula perintah darurat, janji pemberian vaksin 150,000 sehari, dengan anggapan apabila memenuhi segala permintaan, akhirnya nanti akan memberi kelegaan dan mampu membebaskan negara daripada pandemik Covid-19.


"Malangnya, perjuangan barisan hadapan serta pengorbanan rakyat digadaikan sendiri oleh PN yang mengamalkan sikap dua darjat, SOP yang tunggang langgang, cakap tak serupa bikin, flip flop dan u-turn. Malah menteri-menteri seolah-olah mula memperli dan memperlekehkan antara satu sama lain," katanya pagi ini dalam kongres secara maya.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu, walaupun negara pernah mencapai sifar kes pada Julai 2020, tetapi akibat kerakusan PN ingin merampas Sabah, telah menyaksikan peningkatan kes positif Covid yang mencetus gelombang jangkitan seperti mana disahkan oleh kajian yang diterbitkan di jurnal PLOS ComputaBonal Biology.


Katanya, apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah pemberian vaksin dengan segera.


Malangnya, kata Akmal, kemarahan rakyat semakin jelas apabila program vaksinasi yang amat perlahan, seolah-olah penuh muslihat apabila tiada ketelusan dan akauntabiliti dan temujanji vaksin diubah sesuka hati.


"Maka tidak hairan apabila rakyat mula bangkit bersuara, menegur, membantah dan tidak kurang juga marah terhadap Kerajaan PN secara terang-terangan hingga hashtag Kerajaan Gagal sudah menjadi kempen terbuka besar-besaran rakyat Malaysia.


"Suara rakyat tidak sekadar terhenti di media sosial. Kita dapat lihat bantahan dan tunjuk rasa anak-anak muda mula merebak di serata tempat termasuklah di Parit Raja, Batu Pahat, Johor yang dikejutkan dengan sepanduk #KerajaanGagal oleh sekumpulan anak muda pada malam raya," katanya.


Oleh yang demikian, menurut Akmal, AMK perlu bersedia dalam menyelami derita serta keluh kesah rakyat.


Beliau juga menyentuh mengenai lockdown separuh masak dan pakej ransangan ekonomi yang tidak seberapa tetapi rakyat dikurung di rumah


"Rakyat boleh melihat betapa longlainya kerajaan PN ini yang begitu terdesak untuk memberikan gambaran baik, dengan menguar-uarkan kononnya pakej ransangan ekonomi terbaru iaitu Pemerkasa Plus bernilai RM 40 bilion, tetapi hakikatnya kerajaan hanya belanjakan RM 5 bilion sahaja.


"Ini jauh dari apa yang kita unjurkan untuk menampung PKP kali ini iaitu sekurang-kurangnya RM 45 bilion.


"Maka tidak hairan, kerajaan PN sedang bergelumang dengan krisis kepimpinan apabila masing-masing ada cita-cita sendiri dan hanya memikirkan untuk menyelamatkan survival politik masing-masing," katanya lagi.


Sehubungan itu, Akmal menyeru agar AMK menjadi pejuang rakyat dan dilihat membela masyarakat marhaen di tengah-tengah ketidakpedulian kerajaan PN terhadap nasib rakyat.


MENYUSUL

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page