Pakatan Harapan (PH) bersama Bersatu (Tun Mahathir), Warisan dan UPKO akan memastikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan menyeleweng daripada tanggungjawab mentadbir negara sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Yang DiPertuan Agong.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas sesi Parimen paling singkat dalam sejarah, Gabungan Pembangkang bertekad akan melakukan semak dan imbang ke atas perjalanan kerajaan PN dari segenap sudut.
"Mengikuti keseluruhan titah Tuanku, pelbagai isu dan perkara disentuh namun ianya berkisar di atas paksi-paksi yang sama: pembelaan nasib rakyat, keperluan politik matang, bersih dan bebas rasuah, serta rasa kasih dan hormat terhadap agama serta kedudukan Raja-Raja Melayu.
"Ahli-Ahli Parlimen dari PH, Bersatu, Warisan dan UPKO berjanji akan memainkan peranan semak dan imbang demi memastikan dasar-dasar seperti Wawasan Kemakmuran Bersama, pelan anti-rasuah, pembangunan prasarana kritikal terutama di Sabah dan Sarawak, isu kemiskinan dan jurang ekonomi di antara wilayah akan diusahakan dengan sebaik mungkin," ujar mereka dalam kenyataan bersama.
Sementara itu, menyentuh isu rasuah yang dibangkitkan oleh Agong, Gabungan Pembangkang menganggap pembebasan Riza Aziz, anak tiri bekas PM Najib Razak baru-baru ini dari tuduhan pengubahan wang haram, sebagai duluan yang merbahaya kepada kes-kes hampir sama yang sedang dibicarakan di mahkamah melibatkan beberapa bekas menteri rejim BN.
"Kami menyanjung tinggi titah Tuanku yang khuatir dengan budaya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa kerana ia merencat pembangunan serta merosak imej negara di peringkat antarabangsa.
"Sepertimana kes yang membabitkan Riza Aziz di mana keputusan untuk membebaskannya akan memperlihatkan bahawa kita tidak serius menangani gejala tersebut. Kes ini telah menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa," kata mereka lagi.
Selain itu, Gabungan Pebangkang juga prihatin ke atas ketirisan bantuan rakyat dalam menghadapi wabak Covid 19 yang disifatkan menganiaya golongan berpendaptan rendah dan miskin.
Pembangkang juga menyambut baik peringatan Agong berhubung perbezaan pendapat yang tidak harus diakhiri caci mencaci, serta keperluan menangani isu polarisasi kaum dan membendung segala bentuk provokasi serta nilai yang bertentangan dengan norma, adat dan undang-undang.
PH, Warisan, UPKO dan Tun Mahathir dalam kenyataan itu turut menyatakan penghargaan buat semua petugas barisan hadapan yang telah mencurahkan bakti demi mempertahan rakyat dari wabak Covid-19.
Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.
top of page
PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA
Title | Jumlah Kes | Kematian | Pulih |
---|---|---|---|
Kes Baru | 8,075 | 76 | 15,456 |
Total | 2,285,640 | 26,759 | 2,116,021 |
Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia
PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA
Title | Jumlah Kes | Kematian | Pulih |
---|---|---|---|
Kes Baru | 393,631 | 6,015 | 582,401 |
Total | 236,060,214 | 4,821,346 | 211,396,635 |
Sumber dari WHO (World Health Organization)
bottom of page
Comments