top of page

Gabungan NGO mohon Majlis Raja-Raja kaji pelaksanaan darurat



Darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bukan sahaja dipertikaikan oleh ahli politik tetapi juga NGO-NGO yang memperjuangkan kepentingan rakyat.


Terbaharu, Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) memohon Raja-Raja Melayu untuk mengkaji semula pelaksanaan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan di atas alasan mengekang penularan wabak Covid-19 sejak 11 Januari lalu.


Menurut Timbalan Ketua Koordinator GBMR, Dr Maimunah Sargeant (gambar, kiri), selain telah menyerahkan memorandum memohon mengkaji darurat tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu, mereka juga menyerahkan memorandum serupa ke Istana Sultan Selangor dan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.


"Harapan kami supaya Institusi Diraja dapat melihat dan bertindak dengan belas kasiha untuk mengurangkan darurat ini,


"Ini merupakan dari suara rakyat, pihak kami hanya menyampaikan suara dan rintihan daripada rakyat yang meminta darurat ini tidak dilaksanakan,


"Semoga semua Raja-Raja dapat melihat dan mendengar memorandum rintihan rakyat untuk mengambil peduli rakyat yang kini dalam kesusahan," katanya dipetik selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Selangor, semalam.


Menurut Dr Maimunah lagi, pihaknya juga memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar memperkenankan Parlimen bersidang semula bagi membincangkan isu-isu rakyat ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan dan kemerosotan ekonomi.


“Sekarang ini kenapa kerajaan PN gantung Parlimen? Parlimen adalah satu tempat untuk menyatakan masalah rakyat. Tetapi kini, Parlimen telah digantung oleh pemimpin sendiri


“Kini, mandat rakyat sudah tidak dipedulikan,”jelasnya.


GBMRM mewakili 150 NGO dari pelbagai latar belakang kerjaya dan kehidupan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page