top of page

Gabungan NGO lapor polis kenyataan Peguam Negara perlekeh Agong

Updated: Jul 1, 2021


Gabungan bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) yang terdiri daripada 36 NGO membuat laporan polis tengah hari tadi ke atas Peguam Negara kerana mengeluarkan kenyataan mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong.


Koordinator GBMRM, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa berkata, tidak pernah titah Yang di-Pertuan Agong diperlekehkan sebegitu rupa dalam sejarah lebih 60 tahun Malaysia merdeka, sama ada sewaktu di bawah pemerintahan BN mahu pun Pakatan Harapan.


"Mungkin bagi kita hal ini tidak ada persoalan politik. Tetapi Rukun Negara kita sangat jelas mengatakan bahawa satu daripada prinsipnya adalah Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.


"Apa maknanya Malaysia yang sudah merdeka puluhan tahun tiba-tiba pada 2021 ini, ada penjawat awam yang berani membuat kenyatan-kenyataan yang bercanggah dengan Perlembagaan negara ini. Bercanggah dengan demokrasi berparlimen dan berganggah juga dengan Raja Berperlembagaan?


"Kita terkejut tengok kenyataan seperti ini. Cuba bayangkan jika hal ini berlarutan 20 tahun akan datang, bagaimana nasib institusi raja. Langsung tak ada rasa hormat," kata Mustapha selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur.


Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Presiden Otai Reformis 1998 menyeru agar kerajaan Perikatan Nasional lebih menghormati Yang di-Pertuan Agong pada masa hadapan dan melaksanakan apa sahaja titah Baginda tanpa mempersoalkannya.


Katanya, kegagalan berbuat demikian hanya akan menyebabkan lebih banyak rakyat biasa memandang remeh institusi Raja-raja Melayu.


"Kita menggesa semua pihak terutama sekali Perikatan Nasional yang merupakan kerajaan semasa menghormati kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan.


"Saya berharap pihak PDRM juga melaksanakan tugas menyiasat secara profesional apa sahaja yang kita lihat dalam laporan media, semua tertera dengan jelas dan lebih menakutkan lagi, beberapa hari kemudian seorang rakyat Malaysia telah membuat kenyataan yang lebih ganas (menghina Raja).


"Kenapa mereka berani membuat kenyataan yang begitu? Kerana bagi anggapan mereka Peguam Negara boleh buat, mengapa kami tidak? Sampai mengutuk dengan kata-kata kesat," katanya lagi.


Selain itu, Mustapha juga mengesahkan akan menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dalam isu tersebut yang disertakan laporan polis.


Beliau menyeru memorandum yang sama juga turut diserahkan oleh NGO prihatin di peringkat negeri-negeri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan masing-masing.


Berikut isi kandungan memorandum yang dihantar oleh GBMRM kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara:



Lampiran MEMORANDUM RAKYAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DI ISTANA NEGARA & KE BAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU DI ISTANA SETIAP NEGERI .


Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.

Mustapa Mansor.

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia.


Kenyataan Media dari Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia.

------------------------

Ampun Tuanku,

1. Kami memohon ke bawah Duli Tuanku agar mengambil langkah tegas terhadap siapa sahaja yang cuba mempersenda titah Tuanku yang tersebar di khalayak soal " segera dibuka parlimen dan persidangannya " hasil dari pertemuan khas Raja-Raja Melayu dua minggu lalu.


2. Kami amat terkejut dengan sikap biadab dan tidak petriotiknya sebahagian dari kabinet, penjawat awam dan bekas penjawat awam Perikatan Nasional di media perdana sejak dua minggu lalu.


3. Kebiadapan ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjadi barah dalam naratif untuk meremehkan institusi Di Raja Melayu di negara tercinta ini.


4. Semoga dengan ketegasan ke bawah duli Tuanku terhadap siapa sahaja akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi DiRaja Melayu.


Di bawah patik sertakan salinan kenyataan media dan laporan polis berkaitan isu ini.

"Kami ingin mengajukan respons kepada kenyataan media yg dibuat oleh Peguam Negara berkaitan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yg dibaca bersama Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.


Kami berpendapat bahawa Perkara 55 dan Perkara 40 telah tidak dibaca bersekali dgn kandungan dlm Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Justru, berdasarkan Perkara 43, timbul persoalan apakah Perdana Menteri yg sedia ada diyakini oleh Kebawah Duli YDPA masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli dewan parlimen yg menentukan keabsahanya sebagai Perdana Menteri.


Oleh yg demikian, kami berpendapat bahawa kenyataan media yg dibuat oleh Peguam Negara berkaitan Perkara 55 dan 40 adalah tidak lengkap dan pincang dalam menghasilkan tafsiran sebenar mengenai titah Kebawah Duli Yg Maha Mulia Tuanku YDPA.


Sehubungan itu juga, sekiranya kenyataan media ini benar-benar datangnya daripada Peguam Negara, kami berpandangan bahawa Peguam Negara sebagai seorang penjawat awam yg seharusnya berkepakaran dalam pelaksanaan undang-undang negara telah cuba mendahului Perdana Menteri dalam membuat kenyataan media sebagai respons kpd titah Kebawah Duli Tuanku YDPA.


Kami juga beranggapan bahawa kenyataan media ini , jika benar , akan memberi tafsiran bahawa titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku YDPA dan Duli2 Raja Melayu telah dipersenda dan dikelirukan oleh tindakan Peguam Negara sebagai penjawat awam dalam ertikata ianya boleh dianggap 'bias' dan bermotif politik".



Antara NGO yg mengesahkan.


1. Masssa ( Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia).

2. MEMO.

3. Otai Reformis 1998.

4. GMPN ( veteran tentera).

5. Wadah.

6. Suara prihatin Rakyat Malaysia.

7. Pertubuhan Pelancungan Muslim Perak.

8.Jaringan Maufakat Ngos Islam Perak.

9. Pertubuhan Jalinan Amal Rakyat Taiping.

10. Pertubuhan Komuniti Sejahtera Aman Perak.

11.Persatuan Integrasi Kebajikan Kinta Perak.

12. Pertubuhan Harapan Sejahtera Larut Matang dan Selama Perak.

13.Pertubuhan Jalinan Mesra Rakyat Larut.

14. RAPAT

15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT SIPITANG.

16. Sekretariat Muafakat.

17. Pertubuhan Suara Rakyat Sipitang.

18. Persatuan Menyumpit Murut Dayak Sabah.

19. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH

20. Persatuan Penduduk Kg. Buang Sayang

21. Pertubuhan Peneraju dan Pemerkasaan Wanita Sabah

21. Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS)

22. Pertubuhan Sinar Qaseh Labuan.

23. Persatuan Anak Sabah di Perantauan.

24. Persatuan Penduduk Asli Sabah (Pepas).

25. PERSATUAN KEBAJIKAN & KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA .

26. Persatuan Insan Prihatin Sabah.

27. Persatuan Prihatin Kuala Lumpur.

28. MJMM

29. GRVATM

30.Pertubuhan sukarelawan komuniti harapan malaysia.(Harap Malaysia)

31. Persatuan kebajikan orang orang miskin seMalaysia.

32.Pertubuhan Gerak Aktif Sosioekonomi & Amal Kebajikan (GASAK)

33. Persatuan Kebajikan Komuniti Murni Ipoh Perak.

34. Gerakan Martabat Pejuang Negara

35.PERSATUAN AMAL KASIH SAYANG KOMUNITI MANJUNG PERAK

36. IMAN (Interactive Muslimah Association)


Sekretariat (GBMRM).


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page