top of page

Gabungan NGO kibar bendera putih, hitam berkeliling Kuala Lumpur


Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBRM) petang tadi berjaya memulakan kempen kibar bendera hitam, putih mendesak Perdana Menteri Mahiaddin Yassin meletak jawatan.


Sekumpulan kereta penyokong GBRM bergerak dari Medan Selera Jalan Duta pada pukul 3.30 petang dan menyusuri jalan-jalan di Kuala Lumpur sambil mengibarkan bendera putih di kereta masing-masing.

Menjelang jam 5.00 petang, konvoi kenderaan itu masuk ke Jalan Tunku Abdul Rahman di tengah-tengah pusat kota dan berhenti di Masjid Negara.


Koordinator GBRM, Mustapha Mansor Mohd Isa berucap seketika berlatar belakangkan beberapa peserta yang mengibarkan bendera putih tertera tulisan 'Kerajaan Gagal'


"Walaupun tak berapa ramai kita tetapi dapat laksanakan misi. Janji kita kalau dia (Mahiaddin) tak letak jawatan kita mesti buat sesuatu tanda protes. Kita kibarkan bendera putih, bendera hitam.


"Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Kita akan sambung ke negeri masing-masing, akan laksanakan program mereka sendiri," katanya.

0 comments

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page