top of page

Gabungan longgar PN-pembangkang tidak stabil, hanya gimik pilihanraya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Gabungan longgar Perikatan Nasional (PN) yang bakal diwujudkan seolah-olah mencerminkan percubaan mengadaptasi model gabungan parti politik era 1990-an seperti yang disaksikan menerusi Gagasan Rakyat (GR) dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).


Demikian gambaran diberikan oleh Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Bryan Ng Yih Miin (gambar) terhadap kerjasama yang melibatkan sebanyak 12 parti pembangkang yang diumumkan kelmarin.


Beliau berkata, jika diteliti pendekatan tersebut sememangnya mengimbau strategi politik yang berlaku pada era 1990-an apabila terdapat satu gabungan utama (APU) dan satu lagi gabungan longgar.


Ketika itu ujarnya, Semangat 46 pimpinan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menjadi 'gam' kepada dua gabungan iaitu GR yang menghimpunkan parti-parti berbilang kaum, manakala APU pula yang menghimpunkan parti-parti Islamis seperti Pas bersama Semangat 46 dan lain lain.


''Strategi itu cuba menggabungkan sokongan pelbagai segmen masyarakat melalui dua saluran berbeza, namun akhirnya gagal menandingi kekuatan Barisan Nasional (BN).


''PN hari ini (PN) seolah-olah cuba meniru model tersebut dan Pas pula kekal dengan imej Islamis-Melayu mereka, manakala (parti) Gerakan, (tokoh politik) P Waytha Moorthy dan P Ramasamy cuba diposisikan sebagai wajah berbilang kaum yang longgar.


''Tetapi sama seperti eksperimen politik 1990-an, gabungan sebegini sering dilihat rapuh kerana tidak berasaskan ideologi bersama yang jelas, sebaliknya ia hanya digerakkan untuk matlamat pilihanraya jangka pendek,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai keterlibatan Pas yang dikatakan tidak begitu menonjol dalam gabungan longgar itu, dan sama ada ia merupakan satu usaha untuk membina semula model perikatan seperti era 1990-an dahulu.


Mengulas lanjut katanya, sejarah politik negara menunjukkan bahawa percubaan menggabungkan wajah Islamis dengan wajah multi-etnik secara longgar sering kali gagal disebabkan ketiadaan kesepakatan ideologi dan agenda bersama.


Bryan Ng berkata, rakyat kini semakin menolak politik berasaskan kaum dan menuntut kepimpinan yang menekankan tadbir urus baik, keadilan sosial, dan pembangunan inklusif berbanding retorik kaum atau agama.


''Langkah PN ini boleh dianggap sebagai gimik pilihanraya semata-mata dan bukannya perubahan tulen dalam hala tuju politik mereka,'' ujarnya lagi.


Untuk rekod, kelmarin, sebanyak 12 parti pembangkang bersetuju menubuhkan sebuah gabungan longgar bagi memperjuangkan isu rakyat.


Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata nama rasmi bagi gabungan tersebut akan diumumkan pada masa akan datang.


Antara parti kecil yang terlibat adalah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Kemajuan Malaysia (MAP) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page