Gabungan Bas Malaysia serah memorandum ke Istana Negara



Semakin banyak pihak yang terjejas dengan pandemik Covid 19 dan peristiharan darurat tampil menyerahkan memorandum kepada Yang di-Partuan Agong.


Terbaharu, persatuan pemilik bas yang dikenali sebagai Gabungan Bas Malaysia menyerahkan memorandum memohon Agong menasihati kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membantu meringankan beban mereka.


Menurut Timbalan Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, Ahmad Ruslan Abdul Latiff, kerajaan Perikatan Nasional seharusnya mengambil inisiatif membela pemilik-pemilik bas yang semakin sukar membayar hutang kepada pihak pemiutang memandangkan perniagaan mereka terjejas dengan penutupan sektor perlancongan dan sekolah dalam beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.


"Saya mewakili rakan-rakan daripada Gabungan Bas Malaysia, terdiri daripada persatuan zon selatan, utara, pantai timur dan tengah memohon tindakan dan sedikit perhatian daripada pihak Tuanku terhadap permasalahan kami.


"Kami sudah beri pelbagai cadangan kepada pihak kementerian dan sebagainya. Hasil perbincangan yang lepas pun kami rasa masih tidak nampak kata putus penyelesaian.


"Saya berharap dengan campurtangan pihak istana dan Kebawah Duli Tuanku, pihak kementerian dapatlah mengambilalih pinjaman kami dari pihak pemiutang


"Kami bukan nak lari bayar hutang. Kami akan menunaikan tanggungjawab kami jika Covid berakhir.


"Kami pohon kerajaan ambil alih pinjaman kami dan runding pinjaman kami dengan pihak pemiutang. Hari ini sudah hampir 10 bulan (sejak PKP 2020), banyak pengusaha bas telah disenaraihitamkan akibat masalah pembayaran hutang kita dengan pihak pemiutang," katanya dalam sidang media di luar pagar Istana Negara, semalam.


Menurut Ahmad lagi, syarikat-syarkat bas tidak mampu bertahan dalam PKP 2.0 malah terdapat ahli-ahli yang terpaksa dibantu membeli keperluan harian untuk keluarga.


Sehubungan itu, mereka meminta pihak pemiutang memberi kerjasama untuk tidak menagih hutang ketika perniagaan tidak boleh berjalan sepanjang PKP.


"Saya harap pihak kredit beri sikit kerjasama. Hampir sepuluh bulan kami bertahan dan sekarang memang simpanan hampir habis. Ada sesetengah syarikat hanya mampu bertahan 2 - 3 bulan sahaja lagi.


"Kami kata kerajaan ambil alih pinjaman untuk selamanya, bukan mahu percuma (lupus hutang), kami akan bayar balik bila Covid selesai.


"Pihak penguasaha bas ada rekod yang baik dengan pihak kredit. Bukan kami beli satu dua bas, ada pihak yang beli 7 - 8 bas. Masakan kali ini pihak pemiutang tidak memberi kelonggaran kepada kita sedangkan kita telah bekerjama sejak 10 - 15 tahun lepas. Malah ada yang telah berurusan hampir 30 tahun," katanya.


Katanya lagi, sekiranya sektor pelancongan tidak mendapat pembelaan kerajaan maka dalam beberapa bulan akan datang sektor itu mungkin ditutup terus dan perniagaan bas juga akan terjejas teruk.


Menurut Ahmad, Gabungan Bas Malaysia telah mengutus surat kepada Muhyiddin yang mempunyai imej membantu rakyat. Malangnya kata beliau, PM itu tidak mahu bertemu untuk membincangkan masalah mereka. Menghantar memorandum merupakan jalan terakhir agar Agong boleh menasihatkan kerajaan PN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER