top of page

Formula 'Grand Coalition' boleh dicuba tanpa Tun Mahathir



Cadangan untuk mengukuhkan gabungan pembangkang melalui pembentukan Grand Coalition mungkin boleh dicuba tanpa penglibatan Tun Mahathir Mohamad.


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Negeri Selangor, Mohd Khairool Ngadon berpendapat penglibatan Tun Mahathir tidak wajar bersandarkan pengalaman merugikan sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan di Putrajaya.


"Berhubung cadangan pengukuhan kerjasama di antara parti-parti komponen PH melibatkan Ahli-Ahli Parlimen Bebas serta parti-parti yang tidak pro-Perikatan Nasional, kami berpandangan bahawa cadangan ini perlu dibincang secara lebih mendalam di peringkat Majlis Presiden PH.


"Namun demikian, AMK Selangor ingin mengingatkan dan menggesa agar kerjasama yang dicadangkan tidak sama sekali melibatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.


"PH sewajarnya belajar dari kesilapan lampau. Jangan sesekali membiarkan pisang berbuah dua kali," kata kenyataan beliau.


Bagaimanapun mengenai persiapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) sebagaimana dibangkitkan oleh Pemuda DAP dan Pemuda Amanah, AMK Selangor menerima baik dan menganggap hal itu perlu diusahakan segera.


"Kami juga maklum tentang pendirian Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Pemuda Amanah Nasional dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Howard Lee Chuan How dan Shazni Munir Mohd Ithnin, semalam.


"Angkatan AMK Selangor bersetuju agar parti-parti komponen PH memberikan tumpuan serius kepada persiapan menghadapi PRU15," katanya lagi.


Grand coalition menjadi agenda utama tajuk perbualan sejak diutarakan oleh beberapa parti pembangkang termasuk DAP dan Amanah sejak Khamis lalu.


Namun idea terperinci mengenainya masih belum dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang boleh membuat keputusan muktamad mengenainya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page