top of page

Fokus turunkan angka kes Covid-19 kepada 2,000 atau 3,000 sehari

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jun 14, 2021
  • 1 min read

Dr Lee Boon Chye menyifatkan matlamat PKP 3.0 dilanjutkan sehingga 28 Jun ialah menurunkan angka kes Covid-19 kepada kira-kira 2, 000 hingga 3, 000 kes sehari.


Bekas timbalan menteri kesihatan itu berkata, selepas angka itu dicapai, fokus boleh ditumpukan kepada kawasan bersasar.


"Jika tidak, lanjutan PKP dua minggu lagi diperlukan dan itu bukan petunjuk yang baik.


"Lebih mudah mengenakan PKP bersasar setelah jumlah itu dicapai," katanya.


Pada masa sama, Dr Lee juga mendesak supaya mewujudkan mekanisme yang tepat bagi memastikan jumlah kes tidak meningkat semula.


"Jika gagal melakukan lockdown, mengesan kontak dalam 24 jam atau meningkatkan vaksinasi, kes-kes akan meningkat dengan cepat," katanya.


Beliau turut meminta kerajaan untuk membuat keputusan yang tepat bagi mengelakkan PKP lagi masa akan datang.


"Mari kita berharap kesalahan masa lalu tidak berulang," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page