top of page

Fokus pendidikan untuk semua, bukan wujudkan tabika elit - Wanita KEADILAN


Wanita KEADILAN mengecam tindakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berhasrat mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berstatus elit pada masa akan datang.


Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq berkata kerajaan seharusnya menyediakan akses pendidikan kepada semua kanak-kanak dari pelbagai jenis latar belakang secara sama rata, bukannya untuk golongan tertentu sahaja.


"Sejarah penubuhan Tabika Kemas pada tahun 1977 adalah sebagai menyahut saranan oleh UNESCO yakni 'functional literacy' dan berfungsi sebagai gerakan membasmi buta huruf.


"Ironinya, penubuhan Tabika Kemas yang menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar, akhirnya memilih untuk mewujudkan dua strata pra sekolah yang berbeza.


"Bagaimana kita boleh membenarkan kesenjangan sosial dengan mengusulkan agar wujud Tabika Elit? Adapun subjek dan kurikulum yang dicadangkan adalah modul pembelajaran Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (e-STREAM), adakah ini menunjukkan anak-anak yang miskin tidak layak untuk diberikan input yang setara?" soalnya dalam kenyataan.


Fadhlina yang juga merupakan seorang peguam bela menyifatkan tindakan kerajaan itu akan hanya mewujudkan jurang berterusan terhadap kanak-kanak yang datang daripada latar belakang sosioekonomi yang kurang bernasib baik.


"Justeru, langkah ini hanya mempamerkan ketidakadilan sosial yang akhirnya menjurus kepada darwinisme sosial yang akhirnya merencatkan pembangunan komuniti kanak-kanak," katanya.


Fadhlina berpandangan, ketika negara masih dalam proses pemulihan pasca COVID-19, dana untuk pendidikan harus diagihkan secara adil dan saksama bagi meringankan beban ibu bapa dan guru-guru.


"Fokus pasca pandemik harus tertumpu kepada akses pendidikan untuk semua, bukan hanya untuk segelintir sahaja.


"Tambahan dana dan peruntukan Tabika Kemas wajib tertumpu kepada kebajikan guru dan kurikulum berserta pembangunan fasiliti yang selamat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page