Fokus kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan supaya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada masalah kesihatan mental yang membelenggu rakyat ketika ini.


Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perkara itu penting kerana kesihatan mental dilihat tidak ditangani dengan baik sepanjang tempoh pandemik Covid-19.


"Cara kerajaan tangani Covid-19 seperti tidak ada pendekatan holistik, seluruh jentera mesti digembleng kerana ia seperti tak ada sambung kait antara satu sama lain.


"Memanglah kesan pandemik dilihat melalui kes positif di hospital, klinik kesihatan serta vaksinasi tetapi ada juga kesan kemanusiaan.


"Bagaimana dengan persiapan menangani kesihatan mental seperti kemurungan, bunuh diri, gangguan seksual dan keganasan rumah tangga serta perkembangan RUU Gangguan Seksual?


"Perkara ini perlu dibentangkan di Parlimen, ini melibatkan moratorium kanun keseksaan untuk cubaan bunuh diri supaya tidak menjadi kes jenayah," katanya di Parlimen.


Wan Azizah yang juga bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kes kesihatan mental memerlukan pertolongan semua pihak.


"Ia mesti ditangani bersama, seperti kes keganasan rumah tangga. Kalau di rumah, sepatutnya kena ada tiga bilik, satu bilik anak lelaki, satu bilik anak perempuan da satu bilik ibu bapa, ini untuk menangani secara holistik," katanya.


Beliau juga meminta kerajaan supaya meneliti kesan bekerja dari rumah.


"Ada yang duit tak ada, makanan tak ada, gas tak ada nak masak macam mana, nak keluar pun tak boleh.


"Ada juga tak ada kerja, tak ada pendapatan, kita juga nak tahu perkembagaan Akta Pekerja Sosial, ini sepatutnya menjadi sokongan khidmat sebagai kaunselor pada rakyat biasa.


"Beri latihan kepada mereka untuk menjadi barisan hadapan.


"Bila duduk seorang di rumah, kemurungan akan berlaku, mereka akan hilang punca dan akhirnya bunuh diri, kita tidak mahu perkara ini berlaku dalam masyarakat kita.


"Kalau bunuh diri satu hal, kalau tak mati jadi jenayah, perlu bayar kompaun dan kena denda.


"Justeru, kes ini sepatutnya ditangani bersama, kerajaan mesti lihat dengan serius supaya dapat keluar dari pandemik ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER