top of page

Fokus Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 2026 dibincang bersama PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

Steven Sim (kiri) bersama PM membincangkan fokus KUSKOP di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya
Steven Sim (kiri) bersama PM membincangkan fokus KUSKOP di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya

Hala tuju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi tahun 2026 menjadi fokus perbincangan dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), petang tadi.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, mesyuarat berkenaan memberi ruang untuk beliau mengemukakan beberapa cadangan dasar utama yang bertujuan memperkukuh ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini.


"Saya telah mengemukakan beberapa cadangan dasar untuk membantu PMKS, termasuk isu pencukaian, pengurangan birokrasi dan penambahbaikan akses kepada modal," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau, pelaksanaan beberapa cadangan yang dibincangkan memerlukan kerjasama rentas kementerian bagi memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh dan berkesan kepada komuniti usahawan.


"Cadangan-cadangan ini memerlukan kerjasama rentas kementerian dan akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet pada Isnin depan," jelasnya.


Steven Sim turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan dalam usaha memperkasa agenda pembangunan keusahawanan negara.


"Terima kasih YAB PMX atas kepercayaan. Kita hebatkan perniagaan Malaysia," katanya lagi.


Untuk rekod, pertemuan petang tadi merupakan yang pertama antara Steven Sim dan PM semenjak rombakan Kabinet dua minggu lalu.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page