top of page

Flashmob bantah kenaikan kos sara hidup 16 Julai di seluruh negara



Flashmob secara besar besaran akan diadakan di setiap Parlimen di seluruh negara pada 16 Julai ini bagi mendesak kerajaan menurunkan harga barang.


Menurut Pengarah Biro Mobilisasi Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan, pihaknya sedang menggerakkan ahli ahli Amanah untuk menganjurkan flashmob berkenaan di satu lokasi pada setiap kawasan Parlimen.


"16 Julai kita akan adakan flashmob di seluruh negara mendesak kerajaan hari ini menurunkan barang dan beri subsidi kepada barangan yang terdapat dalam negara kita.


"Setiap Parlimen satu lokasi. Flashmob rakyat besar besar ini akan diadakan pada jam 5:15 petang.


"Nantikan. Tunggu ...," katanya pagi tadi sebelum memberi keterangan di IPD Dang Wangi berhubung memberi ucapan dalam perhimpunan harga barang di hadapan Masjid Kampung Bharu pada 1 Julai lalu.





Dalam pada itu Ketua Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Sabu menyokong flashmob berkenaan.


Katanya, isu yang mendesak rakyat bukan lagi berkisar kenaikan harga barang tetapi adalah peningkatan kos sara hidup.


"Kita ada membuat perancangan membangkitkan kesedaran rakyat dan juga menbuat bantahan berkenaan kos sara hidup


"Sekarang bukan sahaja kenaikan harga barang tetapi juga kenaikan kos sara hidup. Bila mana 90% harga barangan keperluan rakyat itu naik maka ia akan memberi kesan yang bukan sedikit.


"Sebab itu kita telah bersetuju untuk menyertai beberapa himpunan yang akan diadakan pada 17 Julai akan datang dan akan diadakan di seluruh Parlimen. Kita ada 222 Parlimen dan wanita PH akan ikut serta setiap Parlimen di mana mereka berada," katanya.


Beliau yang juga Ketua Wanita Amanah (Awan) juga mahu rakyat awam ikut menyertai bantahan flashmob berkenaan.


"Kita juga menyeru rakyat yang sama sama terkesan untuk bersama supaya boleh menyatakan suara hati mereka kepada kerajaan dalam hal berkaitan kos sara hidup.


"Semua pimpinan Awan Nasional kita pecahkan mengikut lokasi mereka berada. Lokasi di tempat tumpuan awam sebab kita mahu rakyat bersama kita.


"Isu kenaikan harga ini bukan isu parti kerana ia membabitkan periuk nasi rakyat. Bila Annuar Musa kata kita cuba politikkan isu ini, itu tidak benar sama sekali," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page