top of page

"Beta mahu mereka yang sering melemparkan fitnah dapatkan fakta yang tepat” - Sultan Selangor



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita terhadap fitnah dilemparkan kononnya lebih 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup.


Titah baginda, fitnah seperti itu sangat tidak bertanggungjawab yang secara langsung boleh menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi agama dan pihak berkuasa agama khususnya di negeri ini.


"Baru-baru ini telah berlaku kekecohan tentang fitnah yang telah dilemparkan terhadap Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor kononnya lebih daripada 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup yang mengakibatkan beribu pelajar tahfiz telah hilang tempat untuk belajar.


"Beta mahu mereka yang sering melemparkan fitnah dan tohmahan agar mendapatkan fakta yang tepat sebelum melontarkan sebarang tohmahan yang tidak berasas," titah baginda selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agam Islam Malaysia (MKI).


Baginda Sultan Selangor berkata begitu sempena Mesyuarat MKI Kali Ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menyentuh mengenai usaha MKI memperkasa pendidikan Islam, baginda bertitah, ia adalah merupakan manifestasi kepercayaan Majlis Raja-Raja untuk melihat tadbir urus Institusi Pendidikan Islam di Malaysia dapat diselaraskan dengan lebih baik dan teratur.


Justeru tambah baginda, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan institusi pendidikan itu berkualiti serta memenuhi aspirasi ibu bapa, masyarakat dan Negara untuk melahirkan pelajar cemerlang di dunia dan di akhirat.


"Golongan ini perlu segera memberhentikan perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab ini dan andai kata mereka meneruskan perbuatan fitnah dan khianat ini, beta mohon pihak polis segera mengesan kumpulan pemfitnah ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.


"Pada hakikatnya beta telah menitahkan agar langkah pemutihan diambil terhadap sekolah-sekolah agama dan tahfiz swasta dan persendirian yang tidak berdaftar dengan mengarahkan pendaftaran dibuat bagi memastikan sekolah-sekolah ini adalah selamat dari segi ciri-ciri keselamatannya dan mempunyai suasana pembelajaran yang selesa untuk para pelajar menimba ilmu," titah baginda.


Dalam pada itu, baginda menyeru kepada mana-mana institusi tahfiz swasta dan persendirian yang belum berdaftar dengan Pihak Berkuasa Agama Islam negeri agar segera melaksanakannya supaya bantuan dan peruntukan dapat disalurkan seperti mana yang diterima oleh institusi pendidikan Islam yang berdaftar.


"Beta juga mencadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan kertas kerja bagi membuat dasar dan prosedur yang komprehensif bagi pendaftaran institusi-institusi tahfiz swasta dan persendirian untuk diguna pakai di setiap negeri," titah baginda dipetik.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page