top of page

Fitnah PMX ‘malas membaca’ tidak berasas – Penganalisis politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read
ree

Penganalisis politik, Shahbudin Embun (gambar) menegaskan dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) malas membaca merupakan satu fitnah yang tidak berasas.


Katanya, Anwar sejak muda terkenal mampu mengulas pelbagai idea daripada pemikir besar dunia dan amat mustahil sosok seperti itu tidak membaca sebelum berucap.


"Berhentilah membuat fitnah kata PMX malas membaca.


"Saya sendiri biasa menghadiahkan buku-buku perkembangan Islam di China dan lain-lain buku kepada PMX kerana saya tahu beliau seorang pembaca buku-buku kontemporari yang tegar," katanya dalam kenyataan.


Menurut Shahbudin, beliau sering bertandang ke kediaman lama Anwar di Segambut, Kuala Lumpur dan melihat sendiri koleksi buku yang memenuhi perpustakaan rumah tersebut.


"Library dia bertimbun-timbun dengan buku. Jika dia tak membaca, bagaimana dia boleh berpidato serta memiliki ilmu pengetahuan setiap masa, dan dalam berbagai topik di mana-mana forum, seminar dalam dan luar negara?" soalnya.


Beliau menegaskan bahawa keupayaan Anwar berpidato secara mendalam dan dalam pelbagai bidang menjadi bukti jelas budaya ilmu yang diamalkan Perdana Menteri itu.


"Dia disegani sebagai pemidato hebat bertaraf antarabangsa, dengan penuh keilmuan dalam dada. Nak ‘condemn’ dia, agak-agaklah," sinisnya.


Shahbudin turut menyatakan bahawa sepanjang pengamatan beliau, tiada pemimpin negara yang setanding Anwar dari segi wacana intelektual, kekuatan idea serta pengalaman perjuangan.


"Saya mengikuti ucapan, pidato serta idea tulisan dia begitu lama dan tidak ada pemimpin negara kita yang sehebat dia — dari keilmuan intelek, idea bernas hingga pengalaman hidupnya sebagai pejuang bangsa," katanya.


Beliau turut mengingatkan bahawa pengaruh dan reputasi Anwar bukan hanya di Malaysia, tetapi turut melonjak di rantau Asia dan peringkat global.


"Di Indonesia, beliau amat dihormati sejak zaman kebangkitan Reformasi (1998) lagi. Dan sekarang kita lihat dia disanjung seantero dunia," katanya lagi.


Sebelum ini laskar siber pembangkang sengaja menyunting video isteri Tun Daim secara di luar konteks dengan mencipta naratif PMX 'malas membaca' sehingga mengelirukan rakyat, terutama tahap pemahaman PM terhadap situasi semasa negara.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page