Filem perjuangan Anwar lawan rasuah di peringkat akhir penggambaran
- Suara Keadilan
- Nov 9, 2022
- 1 min read
Updated: Nov 10, 2022

Filem berjudul Anwar berkisar mengenai perjuangan tokoh reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar uarkan sejak 2021 lalu kini dalam peringkat akhir penggambaran.
Menurut Eksekutif Produser filem berkenaan Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar, filem tersebut dijangka akan menemui penonton seawal tahun hadapan.
Kata beliau, filem tersebut mengisahkan kemuncak kerjaya politik Anwar Ibrahim dan konspirasi pemecatannya kerana bertegas melindungi dana rakyat daripada dijarah pemimpin korup.
"Set masanya dari tahun 1993 hingga September 1998. Diolah dari kisah benar, alur ceritanya mengenai perjuangan Anwar melawan sebuah sistem yang korup, bagaimana dia tegas menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari cukong-cukong besar," kata Zunar dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, filem berkenaan yang dibintagi pelakon handalan Farid Kamil melakonkan watak Anwar Ibrahim, pelakon Indonesia, Acha Septriasa memainkan peranan Dr Wan Azizah Ismail dan Hasnul Rahmat mengambil peranan sebagai Mahathir akan menjadi kisah pergelutan politik antara terpenting dalam sejarah negara.
"(Filem ini berkisar perjuangan) bagaimana Anwar yang enggan menggunakan wang rakyat untuk membailout syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit.
"Kerana itu dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari
"Dari seorang Menteri Kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia daripada belenggu hutang, akhirnya merengkok di penjara," katanya.
Filem yang diterbitkan oleh syarikat Indonesia, Bianglala Entertainment ini diarahkan oleh Viva Westi, Mohammed Nolizam (Majee) sebagai produser\ dan Zunar sebagai Eksekutif Produser.
Comentarios