top of page

Filem Anwar: The Untold Story kutip RM1j hari pertama tayangan



Filem Anwar: The Untold Story mencipta sejarah apabila menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan semalam.


DMY Creation selaku pengedar rasmi filem itu mengesahkan kutipan RM1 juta diperoleh pada hari pertama tayangan biar pun bersaing dengan pelbagai filem luar termasuk Fast X.


Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff selaku pengedar rasmi filem itu berkata pihaknya tidak menyangka kebanyakan pawagam di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak penuh pada hari pertama.


"Kami bersyukur filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd ini meraih sambutan luar biasa. Lebih menggembirakan rakyat Malaysia memilih menonton filem biopik yang mengangkat kisah perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding filem antarabangsa.


"Filem ini menjadi pembuka jalan untuk pembikin filem menghasilkan filem biopik mengenai tokoh lain pula pada masa depan. Ia sekali gus membuktikan penerimaan penonton terhadap filem biopik berdasarkan kisah benar tokoh negarawan yang masih hidup," katanya dalam kenyataan.


Filem Anwar: The Untold Story latar masa antara tahun 1993 hingga 1998 berdurasi 108 minit itu ditayangkan di lebih 1,000 skrin membabitkan 120 pawagam di seluruh Malaysia bermula 18 Mei lalu.

Dibintangi Farid Kamil dan Acha Septriasa ia menyorot kisah perjuangan dan pengorbanan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri menentang amalan rasuah dengan sokongan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail.


Sementara itu penulis cerita asal filem, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar turut melahirkan rasa keterujaan terhadap sambutan ramai kepada filem itu.


Filem tersebut juga jelasnya telah mencipta sejarah kerana menjadi filem paling banyak menerima tempahan awal oleh pihak pawagam.


"Saya akui filem ini banyak terima tempahan lebih awal oleh pihak pawagam. Contohnya, pawagam di MidValley dan Pulau Pinang yang sudah penuh dan ditempah lebih awal untuk tayangan filem ini," katanya dipetik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page