top of page

Filem Anwar: Lawan rasuah tidak peduli risiko, wajib tonton generasi muda



Oleh: Edy Noor Reduan


ULASAN: Penganjuran edisi Tayangan Filem Anwar The Untold Story Bersama NGO KARESMA (Kelab Rakan Media Siasah Madani) di TGV KLCC telah berlangsung dengan jayanya. Seramai hampir 100 jemputan dari kalangan aktivis dan penggiat media sosial hadir memenuhi pawagam.


Kehadiran penonton yang terpaksa bergelumang dengan kesesakkan jalan raya untuk sampai ke KLCC di waktu puncak amatlah dihargai. Mereka hadir untuk menjadi antara insan terawal menonton tayangan filem Anwar dan nekad untuk memastikan filem ini mencapai penarifan 'box office'.


Mewakili KARESMA, saya ucapkan ribuan terima kasih dan berhasrat untuk memberikan review yang ringkas dan padat tetapi ikhlas.


Filem berani


Bila ditanya apakah hebatnya filem Anwar, hanya satu kata yang akan saya huraikan - filem berani! Filem yang turut menggambarkan betapa rasuah adalah musuh nombor satu negara dan punca segala kebobrokan ketirisan ringgit.


Pertama sekali, siapa yang pernah hidup pada tahun 1998 adalah wajib menonton filem ini kerana segala detik yang membenihkan era Reformasi dapat diimbau semula. Setiap sorotan plot akan menghadirkan 'goosebumbs' jika kita tahu akan peristiwa yang berlaku. Saya paling meremang sewaktu konfrontasi Anwar - Mahathir berlangsung, ianya real, dan difilemkan.


Kedua, kepada yang belum lahir tahun 1998 juga disarankan menonton supaya kamu orang tahu bagaimana PMX bergasak hingga beliau dijatuh dan diaibkan hanya kerana tiada cara lain untuk kompromi perihal rasuah, dan mengapa Anwar dibenci oleh golongan tirani.


Pelbagai rahsia umum dibongkar


Memang benarlah ianya dinamakan untold story, kerana pelbagai rahsia umum yang menjadi 'urban legend' perseteruan Anwar-Mahathir akhirnya dapat diselusuri dalam filem ini. Kisah mata lebam, kisah bailout syarikat kapal, kisah IMF, kisah akta rasuah yang cuba digubah ketika Mahathir bercuti, semua ini antara penyebab rakyat turun membawa obor reformasi ke jalan raya telah difilemkan.


Mengapa saya kata filem ini berani? Kerana di sebalik kisah Anwar, sebenarnya telah diselitkan kisah 'the real life dictator' yang disusun dalam filem ini dengan cukup bijaksana.


Lakonan Farid Kamil boleh dimantapkan lagi untuk sekuel dan episod seterusnya. Farid perlukan lebih emosi untuk membawa watak Anwar, perlu lebih detail. Namun saya cukup salut lakonan Hasnul Rahmat, cukup luar biasa, memang benar-benar menjiwai watak.


Secara keseluruhan saya bagi 8.5 bintang untuk level filem Melayu genre biopik. Banyak lagi kisah menarik yang mungkin kalian baru tahu mengenai Anwar dalam filem ini, sengaja tidak saya ceritakan supaya anda semua akan impress ke pawagam.


Sekian sahaja preview saya tentang filem Anwar The Untold Story, mewakili KARESMA yang mendukung penggiat media sosial.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan pemimpin KARESMA

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page