top of page

Festival Turath Islami bukti kerajaan Selangor suburkan ilmu Islam



Kerajaan Selangor yang dianggap tidak islamik oleh parti berteraskan Islam, Pas, pagi tadi menyempurnakan pelancaran Festival Turath Islami Selangor.


Festival tersebut yang dianjurkan Kerajaan Negeri dari 20 - 25 Mei 2023 adalah julung julung kalinya diadakan di Malaysia yang mengangkat perbincangan serta penghayatan tentang kitab Ihya’ ‘Ulumudin, karya Al-Ghazali secara mengundang tokoh ilmuan Islam terkemuka dunia.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, festival turath itu juga menandakan permulaan terjemahan 10 jilid kitab Ihya’ ‘Ulumudin buat kali pertamanya dalam Bahasa Melayu.


"Sebagai langkah membuka peluang kepada rakyat Selangor dan Malaysia untuk meraih manfaat daripada perbincangan kitab ini, Festival Turath Islami Selangor akan menampilkan tokoh ulama antarabangsa tersohor, Syeikh Dr Ali Jum’ah, mantan Mufti Agung Republik Rakyat Mesir.


"Festival ini juga akan menghimpunkan tokoh-tokoh yang berpengaruh dan terhormat di rantau ini dalam bidang mereka seperti Prof. Dr. Aqil Siroj, Dr. Nadirsyah Hosen, serta Baba Ismail Sepanjang dan Baba Hj Ghazali Ahmad dari negara-negara jiran," katanya dalam kenyataan festival berkenaan dilancarkan pagi tadi di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.


Menurut beliau, program tersebut mensasarkan kehadiran seramai 2,500 warga Selangor dan rakyat Malaysia dan merangkumi 7 komponen, termasuk Daurah Afkar Ihya’ ‘Ulumuddin, seminar penghayatan Ihya’ ‘Ulumuddin, serta interaksi bersama pemegang taruh seperti pimpinan pendidikan, ahli akademik, graduan universiti, dan disempurnakan dengan program Muzakarah Ulama Umara.


"Festival ini akan dijayakan hasil kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan dan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Amirudin Shari dan Media Selangor.


"Saya harap usaha ini dapat menyemarakkan kegiatan keilmuan serta membangkitkan kehangatan ilmu kepada segenap penganut Islam di Malaysia," katanya lagi.


Pendaftaran program festival turath boleh dibuat secara dalam talian di https://www.turathislamiselangor.com/


0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page