top of page

Festival Makanan Selangor Havoc 2024 dijangka tarik ramai pengunjung



Oleh: Abdullah Zaid


Festival Makanan Selangor Havoc 2024 yang berlangsung selama enam hari bermula Selasa diharapkan menarik kehadiran ribuan pengunjung.


Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi berkata, program tersebut dijangka mendapat sambutan ekoran penganjuran Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di lokasi sama.


Tambahnya, kira-kira 160 vendor makanan dan minuman tempatan hadir bagi menyertai karnival yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam.


"Bersempena dengan dengan kejohanan BATC 2024 yang diadakan selama enam hari, Kerajaan Negeri juga mengadakan satu festival makanan yang terdiri daripada vendor Selangor dan luar daripadanya.


"Ia juga memberi peluang kepada pelancong yang datang menyaksikan perlawanan badminton menikmati masakan Malaysia," katanya kepada media.

Najwan mencuba minuman yang dijual

Jelasnya, festival yang diadakan pada musim cuti sekolah itu diyakini dapat mengalakkan masyarakat setempat memeriahkan program tersebut bersama keluarga.


"Ia diadakan pada waktu cuti sekolah, jadi dapat mengalakkan orang ramai untuk hadir bersama keluarga menikmati juadah makanan dan minuman yang ditawarkan," ujarnya.

Dalam pada itu, ADUN Kota Anggerik tersebut juga memaklumkan pengunjung berpeluang menerima baucar bernilai RM10,000 buat peserta terawal.


"Hari ini kita sediakan 100 baucar makanan kepada pengunjung terawal dengan nilai RM10,000. Kita sasarkan kehadiran lebih ramai pengunjung terutamanya pada hujung minggu," ujarnya.


Selain baucar, pengunjung Festival Makanan Selangor Havoc 2024 berpeluang menaiki belon udara panas pada Sabtu dan Ahad ini dengan harga bermula RM80 seorang atau menerusi pakej keluarga yang disediakan.


Program berakhir pada Ahad ini turut menampilkan artis dan penyanyi tempatan antaranya Datuk Nash, Lan Typewritter, Hafiz Hamidun dan Konnie Hussein.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page