top of page

Fenomena La Nina: PETRA fokus pengurusan lembangan sungai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 24
  • 1 min read

ree

Kerajaan MADANI melaksana beberapa langkah mitigasi banjir untuk menghadapi kemungkinan fenomena La Nina yang dijangka melanda negara pada awal tahun depan.


Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, bagi tujuan itu kementeriannya telah memberi keutamaan kepada pengurusan lembangan sungai.


Keutamaan itu melibatkan pembangunan infrastruktur Rancangan Tebatan Banjir (RTB), selain memperkukuh sistem pemantauan serta amaran awal.


"Penyelesaian masalah banjir tidak boleh bersifat separuh jalan. Ia mesti bermula dengan pengurusan lembangan sungai secara menyeluruh. Inilah yang menjadi fokus Kementerian PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam masa terdekat," katanya dipetik.


Akmal Nasir ditemui selepas merasmikan Persidangan Sumber Air Antarabangsa ke-6 (ICWR 2025) di Putrajaya.


Persidangan itu menghimpunkan pakar, pihak berkepentingan serta pembuat dasar bagi membincangkan isu pengurusan sumber air.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini menjangkakan negara dijangka berdepan fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk 2025 hingga awal tahun 2026.


Fenomena itu berpotensi menjejaskan corak taburan hujan negara.


Mengulas lanjut, Akmal Nasir menegaskan kesiapsiagaan bencana turut melibatkan penyelenggaraan keutamaan di kawasan kritikal serta penyediaan dana kecemasan.


"Mengambil kira segala kekangan yang ada, pertimbangan akan dibuat bagi menentukan agensi manakah yang perlu diutamakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan, termasuk dari segi bajet dan pelaksanaan segera," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page