top of page

Fariz Musa, perginya seorang pejuang kental Reformasi



Pemergian Allahyarham cikgu Fariz Musa pagi ini merupakan kehilangan besar kepada perjuangan Reformasi.


Cikgu Fariz merupakan antara penggerak awal Reformasi di Pantai Timur dan merupakan antara kumpulan awal menyertai Parti Keadilan Nasional apabila ditubuhkan pada April 1999.


Bagi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemergian cikgu Fariz merupakan kehilangan tokoh pejuang rakyat marhaen dan selalu membawa isu isu rakyat yang gagal diangkat oleh Kerajaan.


"Sayu tatkala menerima berita pemergian saudara Fariz Musa pagi tadi. Saudara Fariz adalah pemimpin rakyat yang teruji, setia dan cekal dengan perjuangan rakyat bawahan.


"Ia ternyata satu kehilangan besar buat keluarga KEADILAN seluruhnya.


"Saya doakan keluarganya dikurniakan kekuatan serta ketabahan yang tinggi. Semoga ruh beliau ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," katanya.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir pula, cikgu Fariz seorang yang komited dalam perjuangan ketika beliau memimpin AMK peringkat Terengganu dan pusat pada tahun tahun awal Reformasi.


"Perginya seorang insan yang sangat komited dengan reformasi daripada muda hinggalah akhir hayatnya.


"Semoga Allahyarham Fariz Musa diberikan keampunan, diterima amalannya dan ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya.


Manakala Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin turut merasai kehilangan teman baik beliau.


"Beliau pernah menjadi Timbalan Ketua AMK semasa saya menjawat jawatan Ketua AMK


"Semoga rohnya dicucuri rahmat," katanya.


Nama cikgu Fariz melonjak apabila beliau menubuhkan Jingga 13 menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, sebuah NGO yang membantu rakyat marhaen dan pernah terlibat membongkar isu penyelewengan dana National Fidlot Corperation.


Cikgu Fariz pernah menjawat Exco AMK Pusat dan Ketua Pemuda AMK Negeri Terengganu.


Pada tahun 2007, beliau telah terpilih sebagai Timbalan Ketua AMK Malaysia dan menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KEADILAN.


Dalam PRU 2013 beliau mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan


Dalam pemilihan kongres KEADILAN 2014, beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika itu melantik beliau sebagai Ketua Setiausaha Pengelola dan juga Ahli Biro Politik KEADILAN.


Cikgu Fariz meninggal dunia pagi ini selepas dijangkiti virus Covid 19 dan ditidurkan mulai semalam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page