top of page

FAMA tidak cekap promosi, negara Arab ambil buah tropika dari Thailand, Indonesia



Peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu diperkasakan berikutan banyak kelemahan agensi tersebut yang dilaporkan.


Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH - Kulim Bandar Baharu) berkata, beliau terkejut apabila baru baru ini menghadiri ekspo buah buahan di Dubai mendapati buah tropika dibekalkan oleh Vietnam, Thailand, Indonesia dan hanya sebahagian kecil diambil daripada Malaysia.


"Saya dapati waktu ke Dubai ekspo, saya terkejut Dubai menjadi hub buah buahan tropika kedua terbesar di negara Teluk. Bila saya tanya di mana buah buah ini mereka dapat, mereka ambil dari Vietnam, Indonesia, Thailand. Saya tanya ada tak dari Malaysia? Nangka dan nanas kecil.


"Bila tanya lagi, mereka kata promosi (dari Malaysia) tidak begitu dirasai. Akibatnya mereka lebih mengutamakan rakan serantau kita, sedangkan potensi buah buah tropika besar di negara Teluk," katanya dalam membahaskan Pindaan kepada Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 di Dewan Rakyat, pagi tadi.


Selain itu, Saifudidn juga membangkitkan maklum balas peserta pertanian kontrak yang beliau kumpulkan.


Katanya terdapat 4 masalah utama yang mengganggu pada petani berkenaan.


"Pertama, tanaman tak menjadi kerana mereka tak ada kemahiran dalam bidang yang mereka sertai, hasilnya tak seberapa.


"Kedua bila hasil tak seberapa, FAMA beli harga rendah. Lebih rendah daripada pasaran.


"Ketiga kos pelaksanaan pertanian kontrak ini menjadi tinggi kerana FAMA beli dengan harga murah, kos penjagaan itu meningkat


"Keempat mereka kata syarat yang FAMA kenakan seumpama kualiti dan kuantiti hasil penanaman. Kesimpulannya sementara pertanian kontrak ini objektifnya bagus, niat mulia tetapi pelaksanaan terlalu banyak perkara yang perlu diperhatikan semula," ujar Saifuddin.


Beliau juga membangkitkan mengenai pengendalian sektor borong oleh FAMA dan juga pasar borong yang memerlukan lebih banyak peranan FAMA.


"Dari segi ideal di situ peranan Fama.


"Cara pengendalian kadang kadang kebal dari seundang undang, tenaga kerja asing tidak sah, amalan penguasaan orang tengah yang ala gangster dan segala macam.


"Apakah ada alternatif lain kerajaan mainkan peranan? Fungsinya sama tetapi kawal selia lebih baik dari yang wujud sekarang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page