top of page

Faizah janji akan mantapkan Wanita KEADILAN, perkuat gerakan lapangan



Persaingan antara 3 calon merebut jawatan Timbalan Ketua Wanita KEADILAN menatijahkan satu saingan hebat dalam Pemilihan KEADILAN 2022.


Namun bagi calon Timbalan Ketua Wanita pusat, Faizah Arifin, tumpuan utama beliau adalah untuk memantapkan kepimpinan wanita dan memperbanyakan gerakan lapangan bagi menjana sokongan rakyat.


"Saya berpengalaman bekerja di bawah 3 Ketua Wanita KEADILAN. Dari zaman Zuraida, Haniza dan Fuziah. Setelah saya merumuskan gerak kerja dari Zuraida dan Fuziah Salleh maka saya rangkumkan ada beberapa elemen yang perlu digabungkan sebab Zuraida kuat dalam gerakan lapangan.


"Fuziah pula latar belakang dia banyak beri kursus, maksudnya memberdayakan wanita di peringkat pimpinan. Kiranya ada gabungan gerakan di lapangan dan kepimpinan itu digalurkan ke akar umbi, ia akan menajdi sangat mantap. Ini yang akan kita terapkan dalam gerakan Wanita KEADILAN.


"Saya akan gunakan semua pengalaman yang ada semenjak berkecimpung dalam KEADILAN ini untuk beri nilai tambah. Ini bukan kerja one man show. Bila barisan kepimpinan dibentuk, siapa ketua, naib, majlis pimpinan telah diketahui maka kita akan bentuk struktur yang lengkap dan akan letakkan siapa yang berbakat di posisi sesuai," katanya dalam forum "Jangan Panas Bersama Sam" yang dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, baru baru ini.


Faizah amat berharap selepas pemilihan parti maka barisan kepimpinan yang padu akan terbentuk dengan pelantikan exco dan kepimpinan baharu.



Kepimpinan itu, katanya akan lebih bersedia membawa cabaran KEADILAN dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Saya berharap selepas pemilihan kita dapat pasukan yang berinovasi


"Saya titik beratkan jentera pilihan raya. Pengalaman di Johor, wanita hampir tak ada. Pemilihan parti membuktikan banyak cabang wanita tidak masuk pencalonan. Kita kena fokus apa yang berlaku.


"Banyak cabang wanita jadi penaja. Strutur organisasi itu perlu diperbetulkan. Apa yang dilakukan (Setiausaha Agung) Saifuddin Nasution selepas Langkah Sheraton untuk pastikan struktur itu berjalan semula selepas banyak ADUN, ketua cabang keluar parti.


"Disebabkan itu kita perlu adakan pemilihan parti sebelum PRU," katanya.


Menyentuh persoalan berkenaan gaji minumum dan kenaikan harga barang keperluan yang tidak terkawal, Faizah menyalahkan kerajaan pusat yang gagal mengawalnya


Oleh itu, kata beliau, KEADILAN selepas pemilihan ini perlu memainkan peranan menyedarkan rakyat betapa lemahnya kerajaan BN - PN, dan perlunya PH diangkat kembali sebagai pemerintah.


"Saya lihat selama 22 bulan PH jadi kerajaan dan waktu itu Saifuddin menteri pengguna, kerajaan berjaya mengawal harga. Harga ayam tidak melepasi RM6.50 sekilo. Tak sampai 2 tahun kemudian harga ayam melonjak RM11.00 sekilo. Seekor ayam sekarang harga lebih RM20.


"Apa sahaja permasalah kembali kepada kerajaan. Apa sahaja benda termasuk harga minyak semuanya tanggungjawab kerajaan.


"Bagi gaji minima pula, negara luar dah implementasi gaji minima ini. Kita ada Akta Gaji Minima sejak 1955. Akta ada tetapi tidak diimplimentasikan.


"Tetapi kalau gaji minima RM1,500 tetapi harga naik, tak ada nilai tambah pun. Maksudnya ini perjuangan utama kaum wanita kerana menguruskan makanan harian tanggungjawab mereka. Ini juga peluru yang kita boleh bawa pada PRU akan datang," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page