top of page

Fahmi umum pakej RAHMAH Prabayar siswa, hadir persidangan IPRM



Oleh: Abdullah Zaid


Hampir 20 universiti awam dan swasta terlibat dalam Program Persidangan Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) sempena Hari Penghubungan Awam (PR) Sedunia, hari ini.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, persidangan yang dianjurkan IPRM itu mampu membuka kepada pelajar PR untuk mengetahui lebih dalam bidang perhubungan awam selain memberi kesedaran perkembangan teknologi termasuk Kecerdasan Buatan (AI).


"Saya anggap persidangan ini bertepatan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar yang minat dalam PR bahawa kaedah kita menyediakan bahan sama ada kenyataan media, grafik dan video banyak diolah dan dihasilkan melalui AI.


"Namun, manusia masih memainkan peranan dalam membuat pengebahan dan pelaporan sama ada berita atau kenyataan media.


"Jadi saya tegaskan, para pelajar PR perlu perlu bergerak seiring dengan perubahan teknologi terutama dalam menghasilkan laporan dan kenyataan yang beretika," katanya kepada media selepas melancarkan program IPRM Persidangan Etika dan Tanggungjawab Komunikasi di Putrajaya, hari ini.


Selain itu, Fahmi turut memperkenalkan pakej RAHMAH Prabayar siswa khusus untuk lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam.


Katanya, pakej khas serendah RM30 untuk 30GB dengan tempoh sah selama 180 itu boleh dilanggan bermula 16 Ogos ini.


Jelasnya, sebanyak lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat dalam pakej khas antaranya CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications (YES).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page