top of page

Fahmi umum kerja baik pulih PEDi Felda Palong 11

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 7, 2023
  • 1 min read


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membaik pulih Pusat Ekonomi Digital (PEDi) FELDA Palong 11 yang mengalami kerosakan susulan ribut pada 25 Jun lalu.


Fahmi berkata, peruntukan disalurkan sebahagiannya adalah dari kementeriannya dan baki RM50,000 disumbangkan sendiri oleh Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli.


"Pusat ekonomi digital memainkan peranan penting sebagai pemangkin ekonomi penduduk setempat, kita tidak mahu aktiviti yang berjalan di sini tergendala.


"Alhamdulillah, lima hari daripada hari kejadian, satu lokasi sementara telah diaktifkan, ia menjadi pusat ekonomi digital sementara," katanya kepada pemberita selepas kepada mengadakan tinjauan ke PEDi berkenaan pada Khamis.

Turut hadir pada tinjuan itu adalah Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mastura Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital KKD MA. Sivanesan.


Ekoran bencana itu PEDi kendalian Telekom Malaysia (TM) itu mengalami kerosakan struktur bangunan, atap, siling, lantai serta kelengkapan perkakasan dan perisian di dalam bangunan.


Dua mangsa iaitu wanita dewasa (Rakan PEDi) dan kanak-kanak (anak kepada Rakan PEDi), mengalami kecederaan ringan.


"Bangunan ini diuruskan dan dimiliki oleh FELDA, saya akan berhubung dengan Pengerusi FELDA untuk melihat apa yang boleh dilakukan, agar ia dapat dipulihkan dalam kadar segera," tambah Fahmi sambil menjangkakan tempoh baik pulih bangunan akan mengambil masa sekitar lima hingga enam bulan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page