Fahmi ucap takziah pejuang KEADILAN meninggal dunia
- Suara Keadilan

- Jan 31, 2024
- 1 min read

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ishak Abd Rahman yang telah pulang ke Rahmatullah semalam akibat kemalangan jalan raya.
"Baru terima berita duka, abang Sahak atau nama sebenarnya, Ishak Abd Rahman telah pulang ke Rahmatullah hari ini akibat kemalangan motorsikal.
"Seorang aktivis KEADILAN, Allahyarham adalah sumber inspirasi dalam melaksanakan gerak kerja dan tanggungjawab terhadap masyarakat.
"Seorang pejuang yang meluhuri agenda reformasi, banyak masa telah terluang untuk memaknakan perjuangan sehingga ke hari ini," katanya dalam catatan di Facebook.
Beliau mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh.
"Saya berdoa agar seluruh keluarga dan kenalan-kenalan Allahyarham tabah dengan ujian ini," katanya lagi.




Comments