top of page

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Pengarang Berita Kanan BH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 1, 2023
  • 1 min read


Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Pengarang Berita Kanan Berita Harian (BH) Salina Abdullah yang meninggal dunia pada Sabtu.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) urut mendoakan keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian itu.


"Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Salina Abdullah. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian ini," kata Fahmi.


Allahyarham Salina, 53, meninggal dunia pada 8.20 pagi di rumahnya di Subang Jaya, Selangor selepas beberapa tahun menderita akibat penyakit kanser servik pangkal rahim, serta akibat jangkitan selepas pembedahan.


Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya kira-kira jam 3 petang semalam.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page