top of page

Fahmi lancar radio internet PRIME Sabah, komunikasi ketika krisis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 8
  • 1 min read

Datuk Fahmi melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME)
Datuk Fahmi melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME)

Kerajaan MADANI melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat negeri Sabah di Tawau pada Ahad.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pelaksanaan PRIME membuktikan kesungguhan kerajaan memperkukuh kesiapsiagaan komunikasi negara, khususnya di kawasan berisiko tinggi banjir dan bencana alam.


"PRIME merupakan sistem komunikasi bergerak berasaskan kenderaan yang dilengkapi teknologi satelit, rangkaian selular, radio mudah alih, WiFi serta sokongan dron dan akan membantu pasukan petugas melaksanakan operasi, khususnya di kawasan yang terputus talian atau tidak mempunyai talian Internet.


"Kita ingat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali (Selangor) dua tahun lalu, berlaku masalah talian Internet menyebabka petugas keselamatan dan petugas media menghadapi masalah komunikasi.


"Sekiranya unit PRIME digerakkan ke lokasi kejadian, masalah ini akan dapat diatasi," katanya dipetik pada program Hari Bersama Komuniti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam.


Program Hari Bersama Komuniti turut meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serentak di 1,099 NADI seluruh negara


Ia dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk perkhidmatan pintar, Jualan RAHMAH oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta pameran usahawan NADI.


Turut diadakan ialah penyerahan sumbangan Didik Kasih Peranti MADANI oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM.


Sementara itu menurut Fahmi, teknologi PRIME akan diperluas ke kawasan lain yang memerlukan, selaras komitmen kerajaan meningkatkan kecekapan komunikasi semasa bencana.


Setakat ini dua unit pertama PRIME kini ditempatkan di Semenanjung dan Sabah, manakala unit ketiga dijangka siap dan ditempatkan di Sarawak menjelang akhir tahun ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page