top of page

Fahmi Fadzil raih sumbangan RM90,000, bantu warga Lembah Pantai


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengakui terharu apabila meraih sumbangan hampir RM90,000 untuk membantu penduduk di kawasannya.


Ini selepas beliau sebelum ini mendakwa ahli Parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya berbanding ahli Parlimen kerajaan.


"Alhamdulillah setakat hari ini kami telah berjaya meraih dana hampir RM90,000. Terima kasih kepada semua penyumbang!" katanya.


Bagaimanapun, beliau mengakui dana itu masih tidak mencukupi untuk membantu kesemua golongan memerlukan di kawasannya.


"Ini belum mencukupi untuk melaksana pelbagai program dan aktiviti bantuan yang sedang dirangka terutama bagi golongan B40 yang sangat terkesan akibat Covid-19 dan PKP," katanya.


Beliau berkata, kepada sesiapa yang berminat untuk membantu beliau meneruskan usaha membantu warga Lembah Pantai, boleh membuat sumbangan kepada pusat khidmatnya.


Berikut adalah maklumat akaun bank pusat khidmat Lembah Pantai:

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN LEMBAH PANTAI

564128345008 (Maybank)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page