top of page

Fahmi dilantik Pengerusi Khas Istiadat Pertabalan Agong ke-17, umum 3 Jun cuti am

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 16, 2024
  • 2 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilantik sebagai Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim.


Menurut Fahmi, 3 Jun ini akan diwartakan sebagai cuti umum sempena Hari Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.


"Walau bagaimanapun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 telah mengampuni limpah perkenan supaya acara-acara Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda ditangguhkan ke bulan September bagi memberi keutamaan kepada Istiadat Pertabalan dan acara- acara lain Sempena Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada bulan Julai," katanya dalam sidang media petang tadi.


Sehubungan itu, katanya acara-acara sempena Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17 akan bermula pada 18 Julai hingga 20 Julai dan disusuli pada 23, 25 serta 27 Julai.


Kata Fahmi, istiadat pertabalan akan bermula dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada Khamis (18 Julai) di Masjid Negara Kuala Lumpur.


Acara kedua (19 Julai) pula menurut Fahmi, akan diteruskan dengan Khutbah Khas dan Solat Jumaat bertempat di lokasi yang sama.


"Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada hari Sabtu, 20 Julai 2024, jam 10.00 pagi, bertempat di Istana Negara dan Majlis Santapan Diraja pada hari Sabtu, 20 Julai 2024, jam 8.30 malam akan bertempat di lokasi yang sama," ujarnya.


Kata Fahmi, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong akan mencemar duli membuat lawatan ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai (Selasa)


Ia kemudian disusuli dengan Pameran Khas Raja Kita pada 25 Julai (Khamis) bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur.


Bagi kemuncak acara itu, jelas Fahmi, Majlis Jamuan Teh Diraja akan dianjurkan pada 27 Julai (Sabtu) bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page