top of page

Fadzlina bincang isu mendesak sekolah Sarawak 14 Julai depan



Kementerian Pendidikan (KPM) akan bertemu wakil Kerajaan Negeri Sarawak pada 14 Julai depan bagi membincangkan isu mendesak membabitkan sekolah di negeri itu.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, pertemuan itu dirancang susulan kekecewaan disuarakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Roland Sagah Wee Inn yang tidak dapat bertemu dengannya pada Mei lalu.


"Kita akan bertemu dan berbincang berkaitan isu dibangkitkan menteri (Roland) berkaitan pembangunan pendidikan di Sarawak.


"Maknanya ada komitmen untuk berjumpa dan perbincangan akan berlangsung dari semasa ke semasa," katanya.


Fadhlina sebelumnya ditemui pemberita selepas majlis penutupan program pemerkasaan Bahasa Melayu untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina di Kuala Lumpur semalam.


Roland sebelum ini membangkitkan beberapa isu termasuk berkenaan kekosongan jawatan guru besar yang belum terisi di beberapa sekolah di daerah Daro.


Ia susulan prasyarat bagi mengisi jawatan guru besar iaitu mesti memiliki pensijilan Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Eksekutif, yang dianugerahkan oleh Institut Aminuddin Baki.

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page