top of page

Fadhlina kesal Taliban haramkan wanita ke universiti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 23, 2022
  • 1 min read


Tindakan kerajaan Afghanistan di bawah puak Taliban yang mengharamkan wanita negara itu melanjutkan pengajian ke universiti dikecam masyarakat antarabangsa.


Bagi Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Fadhlina Sidek, keputusan kerajaan Afghanistan berkenaan hanya akan menambah kemunduran wanita di negara tersebut.


Katanya, hak untuk mendapatkan pendidikan tinggi untuk wanita tidak seharusnya ditindas.


"Sekatan ini (Taliban) telah menghalang wanita Afghanistan daripada mendapat akses pendidikan tinggi dan akan melebarkan jurang daya saing antara gender dari sudut peluang pekerjaan berkualiti, status ekonomi dan sosial.


"Maka, dasar pendidikan yang bersifat mundur dan diskriminasi ini turut akan membawa kepada implikasi jangka masa panjang yang akhirnya akan menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada landasan pentadbiran negara yang kononnya berasaskan Islam," kata Fadhlina dalam kenyataan hari ini.


Beliau yang juga Menteri Pendidikan Malaysia berkata, dengan menghalang penglibatan wanita menyambung pendidikan maka kadar partisipasi wanita dalam tenaga kerja di negara itu akan berkurangan secara drastik.


"Ini akan menjurus kepada ruang dan peluang dominasi yang berpihak hanya kepada satu gender dan tidak mewakili suara segenap masyarakat.

"Justeru itu, saya mendesak pihak pemerintahan Taliban mempertimbangkan untuk menarik balik sekatan tersebut dan mengembalikan akses wanita Afghanistan melanjutkan pengajian ke universiti," katanya.


Puak Taliban ketika mula menguasai ibu negara Afghanistan pada pertengahan 2021 lalu berjanji untuk tidak mendiskriminasi hak pendidikan ke atas wanita.


Dengan perkembangan terbaharu ini jelas janji berkenaan telah dicabuli.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page