top of page

Fadhlina bentuk wanita berilmu, berstrategi hadapi cabaran politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 22
  • 2 min read


Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek, sentiasa menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan persediaan rapi bagi anggota wanita parti untuk terus menghadapi cabaran politik.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Fadhlina yang pernah bekerjaya sebagai peguam sentiasa berusaha memperkasakan wanita di Negeri Sembilan dan memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran politik dengan ilmu serta strategi yang mantap.


"Beliau sentiasa berpesan kepada Pemimpin Wanita Negeri Sembilan yang memegang jawatan agar laksanakan tugas dengan baik kerana ianya satu amannah perlu dipikul.


"Peringatan Fadhlina lagi, jawatan bukan sesuatu yang indah dan untuk mendapat laba. Kena angkat apa yang Fadhlina telah buat untuk wanita. Saya harap wanita Negeri Sembilan mengambil sikap begitu," kata Noorzunita dalam kenyataan media.


Katanya, Fadhlina telah berusaha untuk mengangkat suara wanita di dalam Dewan Rakyat dan menegaskan keperluan kesaksamaan gender di dalam politik di mana sekurang-kurangnya 30 peratus Ahli Parlimen Wanita.


Berani mencanting cita cita


Menurut Noorzunita, Wanita Negeri Sembilan seharusnya berani mencanting cita-cita bagi mengisi ruang-ruang yang perlu dalam negeri dan negara.

Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim
Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim

"Contohi Ibu Reformasi kita, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjiwa kental dan perjuangannya tidak perlu dipertikaikan," kata beliau.


Selain itu, Fadhlina juga telah mewujudkan beberapa inisiatif untuk wanita demi untuk memajukan diri mereka.


Usaha Fadhlina itu termasuklah menubuhkan Sekolah Wanita (SWAN) untuk membantu Wanita berdaya saing dalam kepimpinan.


Program membantu wanita


"Bakul Makanan Wanita (BMW) pula adalah bantuan kebajikan untuk wanita yang memerlukan manakala Asimilasi Struktur Asak (ASAK) bagi membantu Wanita menguasai teknologi dan pentingnya transformasi digital," ujarnya.


Program Wanita Empowerment and Resilience (POWER) pula diwujudkan untuk meningkatkan daya tahan wanita dalam menghadapai cabaran hidup selain "Girls Rising Through Opportunities And Work" (GROW) untuk memberi peluang kepada gadis-gadis muda meneroka bidang kerjaya.


Juga Program Inisiatif Literasi dan Kewangan Wanita (WIN) bagi memberi ilmu dalam pengurusan kewangan kepada wanita.


Fadhlina juga melaksanakan program Siri Wanita Akar Rumput Madani (WARM) yang difokuskan kepada hierarki akar umbi bertujuan memperkukuhkan peranan wanita dalam komuniti.


"Run To Win (R2W) pula satu program bagi mengenal pasti dan melatih wanita yang berminat untuk bertanding di dalam pilihan raya," katanya.


Sementara program Kasih Keluarga Madani difokuskan kepada wanita demi kesejahteraan keluarga.


"Inilah inisiatif yang akan dikembangkan untuk wanita dan Wanita Negeri Sembilan kena sentiasa bersedia untuk menggalasnya," kata Noorzunita Begum.


Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukannya pendirian rasmi Suara Keadilan

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page