top of page

Fadhlina bantu Syahmi kejar impian jadi guru

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 28
  • 1 min read

ree

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengambil maklum mengenai kisah seorang remaja yang berdepan kekangan kewangan untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru (IPG).


Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, beliau memaklumkan bahawa pasukannya kini sedang berhubung secara langsung dengan keluarga remaja tersebut bagi memastikan pengajiannya dapat diteruskan tanpa halangan.

Keluarga Syahmi akan dibantu
Keluarga Syahmi akan dibantu

"Alhamdulillah, pasukan saya sedang berhubung dengan keluarga untuk menguruskan anakanda ini meneruskan pengajiannya ke IPG," kata Fadhlina dalam hantarannya.


Terdahulu, kisah Muhammad Syahmi Azril Saidiljamal, 18, dari Kedah tular selepas menerima tawaran mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Syahmi sebelum ini meluahkan kebimbangan bahawa impiannya untuk menjadi seorang guru mungkin tidak kesampaian disebabkan kekangan kewangan keluarganya.


Difahamkan, bapanya bekerja sebagai penoreh getah dan masih menanggung dua anak yang masih bersekolah, manakala ibunya tidak bekerja dan sedang menghidap kanser tahap empat sejak lebih setahun lalu.


"Anggap sahaja selesai dan mari kita sama-sama mendoakan kejayaan anak ini dalam pengajiannya kelak. Inilah semangat hijrah yang kita mahukan!" katanya Fadhlina mengakhiri hantaran tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page