top of page

Exco N Sembilan gerakkan kempen MySaveFood sempena Ramadan



Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar menggerakkan kempen MySaveFood.


Melalui inisiatif itu, beliau menasihatkan peniaga di bazar Ramadan di negeri itu menyedekahkan makanan dan minuman yang tidak habis dijual kepada golongan gelandangan, anak yatim dan keluarga miskin yang memerlukan.


Terdahulu Arul Kumar menyampaikan risalah kempen berkenaan dan mengajak peniaga untuk menyertai program itu di Bazar Ramadan Bandar Baru Nilai.


Beliau dipetik berkata, melalui data kempen yang dilaksanakan sebelum ini, berlaku peningkatan lebihan makanan setiap tahun.


Justeru tujuh bazar Ramadan terpilih untuk menjayakan Program Mysavefood dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) SWM Environment dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


"Saya menyambut baik inisiatif SWCorp Negeri Sembilan melalui program MySaveFood apabila setiap hari beratus kilogram makanan dan minuman dapat dikumpul dan diagihkan kepada gelandangan, rumah-rumah anak yatim dan keluarga miskin.


"Melalui cara ini kita dapat elakkan pembaziran dan hargai makanan.


"Saya juga berharap setiap penganjur Bazar Ramadan di Negeri Sembilan dapat laksanakan program ini sepanjang bulan Ramadan," ujar beliau yang juga ADUN Nilai.


Difahamkan, melalui kempen serupa yang dilaksana pada tahun lalu sebanyak 2.6 tan makanan dan 1.9 tan minuman dikumpulkan dengan kerjasama sukarelawan NGO.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page