top of page

Erdogan sokong padu perjuangan Palestin, selar hipokrasi AS - Syed Ibrahim



Presiden Turkiye, Recep Tayyip ErdoÄŸan terus memberikan sokongan padu ke atas perjuangan rakyat Palestin untuk memerdekakan tanah air mereka.


Menurut wakil Malaysia yang hadir di Sidang Liga Ahli Parlimen Untuk Al Quds yang menghimpunkan ahli ahli parlimen negara negara Islam menyokong perjuangan Palestin, Syed Ibrahim Syed Noh, Erdogan dalam ucapannya petang ini turut mengecam Amerika Syarikat (AS) sebagai kuasa Barat yang hipokrit, konon membela hak asasi tetapi terus menyokong kekejaman rejim Israel.


"Ucapan Tayyip ErdoÄŸan amat bersemangat sekali, telah menekankan beberapa perkara asas.


"Pertama sokongan padu Turkiye terhadap perjuangan rakyat Palestin. Pada masa sama, menekankan bahawa sikap hipokrasi yang ditunjukkan oleh AS dan barat terhadap isu ini amat jelas," katanya dalam siaran media di Facebook beliau.


Menurut Syed Ibrahim lagi, Erdogan dalam ucapan itu turut menolak tuduhan kononnya Turkiye telah memberi sokongan tertentu kepada Israel dalam konflik rejim dan Palestin yang masuk bulan keenam.


"Ketiga (Erdogan) menyentuh tentang berita palsu yang mengatakan bahawa Turkiye adalah pihak menyokong Israel dalam konteks bentuk bantuan senjata.


"Beliau juga memberi penghargaan terhadap Ahli Parlimen dunia yang bertambah meluas sokongan terhadap isu Palestin dan memberikan komitmen pihak Turkiye untuk terus menyokong perjuangan Palestin," katanya lagi.


Untuk rekod, sidang al Quds kali kelima tahun ini diadakan di Tukiye pada 26 - 28 April 2024.


Syed Ibrahim merupakan Ahli Lembaga Pengarah Liga Ahli Parlimen untuk Al Quds. Beliau dan beberapa Ahli Parlimen mewakili delegasi Malaysia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page