top of page

Erat kerjasama PIBG - guru - Firdaus Johari

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 8, 2024
  • 1 min read

ree

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disaran mengeratkan kerjasama dengan guru guru agar prestasi sekolah boleh ditingkatkan.


Menurut Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari, dengan kerjasama erat itu pastinya prestasi akademik anak murid juga boleh dilipat gandakan.


"Saya menzahirkan hasrat semoga pihak PIBG, khususnya kalangan ibu bapa dapat terus mengeratkan kerjasama bersama para guru untuk memainkan peranan demi kebaikan para pelajar bagi memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik," kata Firdaus di Facebook selepas memenuhi undangan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong Kali Ke-48 di Jeniang, Gurun kelmarin.


Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua dan Penasihat PIBG SMKTS, Tuan Roshidi Derani, Yang Dipertua PIBG, Muhammad Zaki Osman, Naib Yang Dipertua, Noraida Harun serta seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG SMKTS di atas undangan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG itu.


"Semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong (SMKTS) akan terus cipta kejayaan lebih cemerlang di masa-masa akan datang," doanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page