Era teknologi: 'Utamakan keluarga walau sibuk' - Dr Wan Azizah
- Suara Keadilan

- Aug 10
- 1 min read

Cabaran dalam membina institusi keluarga pada hari ini semakin berubah seiring dengan kemajuan teknologi.
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, teknologi telah mengubah cara hidup masyarakat dunia termasuk cara bekerja dan berhubung.
Justeru tegasnya, sekiranya tiada bimbingan serta kesedaran mengenainya di kalangan generasi muda, ia boleh mendatangkan kesan buruk kepasa isntitusi keluarga itu sendiri.
"Tanpa bimbingan dan kesedaran sewajarnya, teknologi secara tidak langsung boleh mewujudkan jarak, melemahkan hubungan malah mendatangkan risiko kepada anak-anak dan warga emas," katanya dipetik.
Dr Wan Azizah berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Jubli Emas Persatuan Malayalee Seluruh Malaysia (AMMA) Ke-50 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam pada Sabtu.
Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B N Reddy, Penaung AMMA Tan Sri Ravindran Menon dan Presiden AMMA Dr Manohur Kurup.
Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut menyampaikan anugerah kepada barisan kepimpinan AMMA yang telah mencurahkan bakti sepanjang 50 tahun penubuhannya
Sementara itu Dr Wan Azizah menitip pesanan supaya golongan ibu bapa, walaupun sibuk dengan urusan seharian tidak mengabaikan keluarga - iaitu sekolah pertama dan institusi terpenting dalam kehidupan kanak-kanak.
"Membina hari esok yang lebih baik bermula dengan cara kita membesarkan anak-anak hari ini dan ia bermula dari rumah.
"Jadi, walau apa keadaan kita mesti sentiasa mengutamakan keluarga dalam setiap perkara yang kita lakukan," katanya.









Comments