top of page

Era PH tender terbuka sewa kereta, era PN puas hati jimat RM2.80 sebulan



Urusan pemilihan syarikat pembekal kenderaan rasmi menteri dan pegawai tinggi kerajaan secara rundingan terus dibahaskan di Dewan Rakyat petang tadi.


Ahli Parlimen Sim Tze Tzin (PH - Bayan Baru) mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional memberi kontrak pajakan yang mahal sehingga membebankan generasi akan datang.


Menurut beliau, pembangkang tidak mempersoalkan sama ada menteri mempunyai citarasa mewah untuk memilih Vellfire berbanding Proton Perdana, tetapi hal itu hendaklah dilakukan secara tender terbuka


"Bulan lepas Parlimen dikejutkan dengan projek baik pulih Sri Perdana yang menelan belanja RM38 juta. Semalam kita dikejutkan dengan pendedahan YB Telok Intan bahawa pengubahsuaian pejabat menteri dan timbalan melebihi RM4.5 juta.


"Juga amat mengejutkan jawapan rasmi Menteri Kewangan bahawa kereta rasmi menteri telah ditukar daripada Proton Perdana kepada Vellfire. Menteri Kewangan menjawab soalan Bayan Baru kerajaan telah membelanjakan RM5,795 sebulan untuk memajak kereta Vellfire dari syarikat konsesi. Dalam 6 bulan sahaja sebanyak RM1.4 juta telah dibayar.


"Penyewaan Vellfire ini dikatakan berbaloi kerana telah menjimatkan RM2.80 sebulan untuk sebuah kereta. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan," katanya.


Sim yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, pada era kerajaan Pakatan Harapan urusan pajakan kereta itu dilakukan secara tender terbuka.


Bagaimanapun, beliau memberitahu, selepas berlakunya Langkah Sheraton urusan berkenaan diubah kepada runding terus tanpa mempedulikan proses tender yang telah pun berjalan.


Menurutnya, dilaporkan sebuah syarikat mendapat pajakan pembekalan kereta rasmi kerajaan dengan bayaran RM300 juta setahun dan jumlahnya RM4.6 bilion untuk jangka masa kontrak selama 15 tahun.


"Saya mahu Kementerian Kewangan menjawab apakah jenis kereta yang terlibat, berapakah yang dipajak untuk menteri, timbalan, lantikan politik dan pegawai kerajaan?


"Syarikat lain yang masuk tender terdahulu, antaranya GLC dan syarikat bumiputera gergasi terkenal dan ada kilang kereta serta trek rekod yang baik dan menawarkan harga menarik anehnya semua gagal dalam proses tender


"Salah satu syarikat dikatakan Naza Corporation yang menawarkan terma dan syarat yang sama tetapi pada kadar penjimatan 17%, iaitu 44 juta penjimatan setahun tetapi Naza kalah.


"Siapakah yang untung dalam kontrak berbilion ringgit ini? Jika benar ia mendedahkan rasuah dan penyelewengan. Apalah mahu diheboh kerajaan beri bantuan RM300 kepada nelayan, RM150 kepada orang muda, RM700 kepada pegawai kerajaan? Kononnya berjiwa rakyat tetapi kempen meraih undi.


"Hakikatnya kerajaan BN - PN - Pas ini berikan bantuan kereta mewah kepada diri sendiri RM6,000 sebulan," katanya.


Tegas Sim, kontrak kereta rasmi yang diselewengkan itu jika benar berlaku membuktikan kerajaan BN - PN - Pas tidak insaf dengan skandal 1MDB yang menyebabkan generasi akan datang terpaksa membayar hutang sampai kiamat.


Selain itu, beliau yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian bertanya berapakah jumlah import dan eksport makanan untuk tahun 2020.


"Dengan peruntukan Kementerian Pertanian yang kekal, bagaimanakah mahu mengawal import yang tinggi dan harga makanan yang semakin meningkat ini," katanya.


Sim turut menyoal mengenai perniagaan spektrum 5G yang diceburi oleh syarikat berkaitan kerajaan dan laporan agensi berita antarabangsa tiada syarikat yang ingin bekerjasama dengan GLC berkenaan.


"Semalam Reuters telah melaporkan tiada syarikat telekomunikasi yang ingin berkerjasama dengan Digital Nasional Berhad tentang bekalan 5G.


"Adakah kerajaan telah buat kesilapan tentang model perniagaan yang berbentuk monopoli ini," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page