top of page

Era Kerajaan PN Orang Melayu Masih Pakai Air Bukit?

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • Aug 5, 2020
  • 1 min read

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah mempertikaikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kononnya lebih membela Melayu kerana tidak kelihatan peruntukan yang banyak diluluskan ke kawasan kaum tersebut di luar bandar.


Bagi bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar itu, ketika beliau membuat lawatan suatu ketika dahulu, kawasan yang paling daif selepas 60 tahun merdeka adalah perkampungan orang Melayu.


Katanya, air bersih, elektrik dan jalan raya yang baik tidak wujud di kampung-kampung Melayu. Beliau melawat ke Jeli, Kelantan, kawasan Mustapha Mohamad dan terkejut mendapat tahu ada 100 kampung yang masih pakai air bukit sebab air paip tiada.


Keadaan di negeri Melayu lain seperti Kedah juga sama. Malah keadaan di Sabah dan Sarawak lebih teruk lagi.


Sivarasa juga mengulas mengenai isu Melayu kononnya tergadai atau ditindas tiba-tiba sahaja hilang apabila kerajaan PN mengambilalih pemerintahan negara.


Sedangkan tidak banyak dasar yang berubah daripada pentadbiran Pakatan Harapan. Katanya, kerajaan PN mestilah menceminkan 'muka rakyat' dan di Malaysia rakyat adalah berbilang kaum.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page