top of page

Era Kerajaan Madani T'ganu dapat RM7.23 bilion, era PN hanya RM5.99b

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 13
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmla Manaf


Penyokong pembangkang memperkecil jasa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peruntukan dalam Belanjawan 2026 kepada negeri Terengganu seharusnya meneliti perincian belanjawan, bukannya hanya menyandarkan kepada komen warga net di alam siber.


Aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz hari ini menepis dakwaan Pentadbir Facebook (FB) Friends of MB Terengganu terkait muat naik 'Belanjawan 2026: Siapa Dapat Lebih, Siapa Dapat Sisa?'.


Beliau berkata, infografik yang dipaparkan kononnya Sabah dan Sarawak menerima lebih peruntukan, manakala Terengganu menerima sedikit merupakan satu tanggapan negatif.


Katanya, pada era pemerintahan Kerajaan MADANI Terengganu sebaliknya mendapat peruntukan lebih, sekali gus rakyat di negeri berkenaan dapat menikmati hasilnya.


"Bila rujuk perbelanjaan Persekutuan zaman Perikatan Nasional (PN) tahun 2022, Kerajaan Terengganu cuma dapat RM5.99 bilion sahaja berbanding tahun 2024 dapat RM7.23 bilion iaitu zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri (PM) jauh lebih tinggi peruntukkan diberikan.

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Mohd Hisyamuddin Ghazali

"Zaman PN (2022), jumlah perbelanjaan Persekutuan untuk Terengganu hanyalah RM5.99 bilion. Untuk projek khusus hampir tiada disebut nama negeri.


"Manakala di era Kerajaan MADANI (2024) pula, perbelanjaan naik kepada RM7.23 bilion (2024). Projek besar 2026 untuk Terengganu lagi banyak berbanding negeri lain di Semenanjung," jelas beliau dalam satu muat naik di Facebook.


Dalam kenyataan sama, Mohd Hisyamuddin turut menyenaraikan projek di Terengganu antaranya Jalan baharu Bukit Bayas–Kubang Tangga dan Jalan kampung Tok Adis–Kg Banggol.


Projek lain kata beliau, termasuk kerja menaik taraf Jalan Persekutuan Setiu, menaik taraf sistem saliran di Mak Chili Paya, Kemaman, projek kawalan hakisan Pantai Rusila di Marang, menaik taraf Stadium Hoki Gong Badak, serta pelaksanaan RTB Nasional bernilai RM2.2 bilion yang meliputi projek kawalan banjir dan pemuliharaan pantai termasuk di Terengganu.


Ujarnya, zaman dahulu bajet hanya janji tetapi sekarang bajet jadi jalan, parit, banjir dan rezeki rakyat.


"Tentang STR dan SARA pula, ia merupakan pertolongan yang tepat dan bersasar daripada Kerajaan MADANI. Kerajaan bukan beri ikut parti, tapi ikut keperluan rakyat.


"Negeri paling ramai penerima STR dan SARA ialah Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu kerana di situlah paling ramai rakyat miskin.


"Kesannya nyata, kadar kemiskinan dapat diturunkan.. kuasa beli rakyat meningkat dan peniaga kecil hidup semula.


"Yang pernah dilupakan kini diberi peluang. Itulah makna sebenar MADANI," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page