top of page

Enakmen Anti Lompat Parti lulus di DUN Perlis, PRU 15 lebih yakin

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 15, 2022
1 min read


Dewan Undangan Negeri Perlis berjaya meluluskan Akta Anti Lompat Parti sebelum dibubarkan semalam.


Menurut ADUN Sena, Asrul Nizan Abd Jalil, dengan lulusnya pindaan undang undang menghalang ADUN melompat parti maka rakyat boleh mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke 15 ini dengan yakin dan selesa.

Asrul Nizan Abd Jalil

"Alhamdulillah Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 terkait memasukkan Perkara Baharu 50A - “Pertukaran Parti Politik Anggota, dsb.” telah diluluskan sebulat suara pada Sidang DUN Perlis


"Enakmen ini demi menyekat mana-mana ADUN untuk melompat parti pada masa hadapan yang dipersetujui semua bahawa langkah tersebut adalah perilaku berupa pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat," katanya.


Enakmen berkenaan diluluskan dengan sebulat suara oleh 15 ADUN tanpa berkecuali.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page