eMADANI: Tempoh memohon masih panjang, usah terburu-buru
- Suara Keadilan
- Dec 5, 2023
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan orang ramai yang memohon pemberian RM100 kredit eMADANI tidak berburu-buru dalam membuat permohonan.
Hal itu katanya, tempoh penebusan bagi mereka yang layak itu masih lagi panjang sehingga 20 Febuari 2024.
"Ia bermula bermula 4 December hingga 20 Febuari jadi tidak perlu terburu-buru ia boleh dimohon pada bila-bila masa," katanya dalam program Apa Khabar Malaysia: Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang disiarkan di Bernama TV, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan orang ramai mengenai kesukaran menebus insentif berjumlah RM1 bilion itu.
Dalam pada itu, Ahmad Maslan memaklumkan pemberian kredit e-dompet kepada 10 juta rakyat yang layak itu tidak akan menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi negara.
Malah, sebaliknya, pemberian eMADANI itu akan menjadi menjadi RM3 bilion berikutan kesan pengganda.
"Oleh itu, RM3 bilion ini ia tidak akan menjejaskan RM1.8 trilion jumlah ekonomi negara atau KDNK. Bank Negara Malaysia (BNM) juga menganggapnya tidak menaikkan kadar inflasi," ujarnya.
Pada 29 November Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian secara sekali bayar tersebut khusus kepada rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun.
Inisiatif itu antara lain bagi menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai sekali gus memberi impak besar kepada ekonomi negara.
Comments