top of page

Elak tertipu, jangan tukar kredit eBeliaRahmah dengan tunai



Penerima bantuan program eBeliaRahmah diingatkan agar tidak cuba menukar kredit RM200 kepada wang tunai bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.


Kementerian Kewangan (MoF) berkata, mengakui ada kes penerima menjadi mangsa penipuan selepas memilih untuk menggunakan ‘khidmat menukar kredit kepada wang tunai’ ditawarkan di platform media sosial.


"Terdapat kes yang dikongsi di media sosial mengenai penerima menjadi mangsa penipuan selepas menggunakan ‘khidmat menukar kredit kepada wang tunai’, dengan penerima tidak mendengar khabar berita daripada individu tersebut selepas membuat pemindahan.


"Apabila ini berlaku, kerajaan tidak akan dapat memberi pampasan kepada penerima," kata pasukan Komunikasi Korporat MoF dipetik.


Tambah Kementerian Kewangan, cubaan untuk menunaikan dana tersebut kepada tunai akan menggagalkan matlamat sebenar program itu yang bertujuan membantu belia berusia 18 hingga 20 tahun, serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa membiasakan diri dengan kemudahan pembayaran tanpa tunai dan pada masa sama meringankan beban kewangan mereka.


"Tidak perlu untuk menukar kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai dan merisikokan diri kepada penipuan...Kita jangan benarkan sekumpulan kecil orang ini menjejaskan usaha baik kerajaan dengan menawarkan perkhidmatan pengeluaran tunai, yang akan menggagalkan matlamat program ini," kata kementerian itu lagi.


Selain itu, MoF menyeru pengguna media sosial agar melaporkan kepada pengendali platform seperti Facebook atau Instagram jika mereka terjumpa iklan yang menawarkan untuk membantu penerima menunaikan kredit eBeliaRahmah.


Terdahulu, Bernama melaporkan terdapat banyak iklan di media sosial yang menawarkan khidmat menukar kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai, selepas ia dikreditkan ke akaun e-dompet penerimanya bermula Isnin lepas (26 Jun).


Bagaimanapun, ramai telah tampil menyatakan menjadi mangsa penipuan selepas terpedaya dengan khidmat seumpamanya, apabila tidak memperoleh semula dana mereka seperti yang dijanjikan oleh 'perkhidmatan' atau lebih tepat penipu terbabit.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page