top of page

Elak ringgit merudum, lantik kerajaan ada pengetahuan ekonomi tadbir negara



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan menjadi satu titik penentuan apakah kerajaan yang mepunyai pengetahuan ekonomi akan dilantik atau kekal dengan pentadbiran huru hara kerajaan BN - PN yang tidak faham perkembangan ekonomi dunia.


Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang berkata, kepakaran ekonomi amat penting untuk memulihkan nilai ringgit yang terus merudum di bawah kerajaan BN - PN sejak 2020 lalu.


"Kena lantik yang pandai urus ekonomi. Kerajaan yang lepas (BN - PN) tak pandai jaga ekonomi. Kalau pandai jaga kita tak ada masalah ekonomi. Hari hari saya datang ceramah, sebelum ceramah saya buka internet, saya periksa nilai matawang. Hari ini $1 USD bersamaan RM4.75.


"Mungkin orang tanya apa kena mengena dengan peneroka Felda? Mudah saja, kita banyak makanan yang diimport. Beras 30% kita beli dari luar. Beli dengan kuantiti sama tetapi sebab matawang menyusut kita bayar lebih mahal. Sayur kita import 48%, daging 70%. Ubat kita import. Dengan nilai matawang sekarang 2 -3 bulan akan datang kita hadapi inflasi yang sangat serius. Itu satu faktor mereka nak bubar sekarang.


"Kalau tunggu lagi maka ekonomi akan jatuh merudum," katanya dalam ceramah Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Tanjung Malim, malam tadi.


Selain itu, Lih Kang juga mahu rakyat menolak habis habisan ahli politik rasuah atau gabungan mana yang cenderung menyokong perasuah.


Katanya, rakyat masih ingat bagaimana bekas PM Najib Razak yang ke penjara. Bagaimana sebelum 2018 isu 1MDB dianggap fitnah sehingga rumah bekas PM digeledah dan 72 beg ditemui. 35 daripadanya penuh wang tunai, nilai RM114 juta. Dicampur beg tangan, barang perhiasan diri nilainya hampir RM1 bilion.


"Berapa bajet Perak untuk setahun? Dalam RM1 bilion. Dan kita dapat geledah wang tunai dari rumah mantan PM. Baru kita percaya bahawa apa dibangkitkan sebelum PRU 2018 itu benar.


"Bayangkan berapa ramai rakyat susah kita boleh tolong? Adakah kita nak pilih orang rasuah seperti itu?


"Begitu juga isu LCS. Dulu kita ada skandal kapal selam, jet, itu dulu punya cerita. Kapal itu kita nampak. Sekarang kapal 6 buah dibeli bernilai RM9 bilion, kita bayar RM6 bilion sampai hari ini satu kapal pun tak ada. Rasuah hari ini tahap dewa.


"Itu sebab kita perlu tolak mereka. Bukan menjejaskan satu dua orang tetapi prestasi kerajaan kita," katanya.


Beliau yang mempertahankan kerusi parlimen Tanjung Malim berharap pengundi cerdik kali ini untuk memilih PH dan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke 10 yang boleh meletakkan negara kembali ke landasan yang betul.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page