top of page

Elak krisis keyakinan rakyat, segerakan Akta Pendanaan Politik ke Parlimen - Abdullah Sani



Rang Undang undang (RUU) Akta Pendanaan Politik perlu segera dibentangkan di Parlimen memandangkan banyaknya pendedahan di mahkamah melibatkan nama nama tokoh politik utama negara menerima wang daripada entiti swasta.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa Kerajaan BN - PN bertindak segera memandangkan menteri menteri mereka telah dinamakan sebagai penerima sejumlah dana.


Katanya, dengan Akta Pendanaan Politik maka jumlah yang boleh diterima, cara penerimaan dan sumber dana berkenaan boleh dikawal serta didedahkan kepada umum.


Tanpa akta itu, kata Abdullah, keyakinan umum terhadap ahli politik sangat buruk dan mengaitkan mereka dengan rasuah serta mengamalkan kronisme terhadap syarikat yang menyumbang dana.


"Di Amerika Syarikat ada undang-undang menerima sumbangan politik tetapi Malaysia tidak mengizinkan perkara itu berlaku


"Justeru, kerajaan perlu mengambil tindakan di atas keterangan Mahkamah ini. Kerajaan juga perlu menyeragamkan tindakan terhadap penerima wang.


"Wajar satu akta diwujudkan untuk membolehkan semua sumbangan politik dikawal. Kita sarankan perkara ini (Akta Pendanaan Politik dibawa) ke Parlimen," katanya ketika dihubungi.


Berkenaan pendedahan nama nama menteri yang didedahkan menerima dana seperti Datuk Seri Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Tan Sri Mahiaddin Yassin dan sebagainya dalam perbicaraan kes salahguna kuasa bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Abdullah Sani menegaskan perkara itu perlu diuruskan mengikut undang undang sedia ada.


Katanya, setiap dana yang diberi perlu disiasat apakah ada imbalan sebaliknya diperolehi oleh syarikat yang menyumbang.


"Kita nak heret semua termasuk Muhyiddin, takkan nak sabitkan Zahid sahaja, ini tidak adil. Kalau Zahid Hamidi dikategorikan sebagai rasuah, mereka semua itu juga rasuah," ujarnya.


Dalam pada itu, Abdullah tidak bersetuju dengan kempen penafian salah satu parti komponen kerajaan kononnya mereka lebih bersih daripada pemimpin Umno.


Katanya, rakyat Malaysia harus membuka luas pemikiran mereka bahawa semua yang terlibat dalam parti pemerintah tidak terkecuali daripada aktiviti menerima dana berkenaan.


"PRU 15 nanti tak payahlah laung soal ketelusan dan mereka ini tidak layak langsung bercakap soal itu.


"Hal ini kerana pemimpin mereka telah merosakkan imej negara," sinis Abdullah lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page