
Agenda politik yang semakin menjurus kepada perkauman sempit tidak sepatutnya diberi tempat dalam negara yang majmuk seperti Malaysia.
Tegas Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Sweri Anwar Ibrahim, negara yang aman makmur sejak sekian lama tidak wajar terjejas kehidupan masyarakatnya berikutan proses membentuk kerajaan yang berlaku setelah pilihan raya bebas dan bersih diadakan.
"Saya bimbang melihat sentimen dan retorik perkauman yang terus diapikan oleh segelintir pihak yang terdesak dan berkepentingan terutamanya di saat penting seperti sekarang.
"Usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya.
Sehubungan itu, Anwar mengalu alukan tindakan tegas pihak polis yang akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengguna media sosial yang menyebar rasa benci dan perkauman berikutan proses pembentukan kerajaan baharu.
"Saya amat mengalu-alukan kenyataan tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dalam menghentikan perkembangan yang mampu menggugat kemajmukan Malaysia ini," kata Anwar lagi.
Sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke 15 dan berlaku persaingan untuk menjadi Kerajaan di Putrajaya, terdapat pihak pihak yang menggunakan isu perkauman dan mengingatkan rakyat peristiwa rusuhan kaum 13 1969 sebagai akibat jika kerajaan yang dibentuk tidak memihak kepada mereka.
Tindakan tersebut dianggap tidak wajar oleh majoriti rakyat kerana PH tidak pernah melakukan seperti itu ketika PN menumbangkan kerajaan PH pada 2020 lalu.