EKYC: Remaja Bawah 16 Tahun Belum “Mukallaf”, Perlu Bimbingan Orang Dewasa
- Abdul Rahim Razak
- 2 hours ago
- 1 min read
EKYC: Remaja Bawah 16 Tahun Belum “Mukallaf”, Perlu Bimbingan Orang Dewasa
Ahmad Mujib Zulkifli, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama AMK berkata, di dalam kaedah Islam, remaja yang berumur di bawah 16 tahun dikategorikan sebagai belum “mukallaf”, iaitu masih memerlukan bimbingan atau panduan orang dewasa, termasuk dalam penggunaan internet.
Justeru, pengenalan EKYC atau sistem electronic-Know-Your-Customer yang bertujuan mengawal penggunaan internet kepada remaja di bawah umur 16 tahun adalah wajar bagi mengekang golongan berkenaan menjadi mangsa atau pelaku jenayah.





